Akibat suka sangat main hantu, tengok cerita seram... sekali ‘lembaga’ putih betul-betul depan mata - “Kacau orang malam-malam lagi kan” - Viral | mStar

Akibat suka sangat main hantu, tengok cerita seram... sekali ‘lembaga’ putih betul-betul depan mata - “Kacau orang malam-malam lagi kan”

Izz (kiri) terkejut melihat wajah ibu saudaranya dalam keadaan bilik yang gelap dengan hanya dipancarkan oleh lampu flash.

GARA-gara sering membuat gurauan atau prank, seorang kanak-kanak tidak menyangka dirinya pula dihantui dengan ‘lembaga’ berwajah putih.

Menerusi satu video tular di media sosial, seorang kanak-kanak menjerit ketakutan sebaik memasuki bilik ibu saudaranya.

Klip video berdurasi enam saat itu menunjukkan seorang wanita yang sedang duduk dengan wajahnya yang dipenuhi masker (krim muka) tampak mengerikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang kering tekak, adik jadi ‘mangsa’ prank... reaksi budak umur 6 tahun ini tetap ‘cool’ walau cuaca panas!

ARTIKEL BERKAITAN: Adik tumpahkan mi goreng, abang sental kereta... Lelaki ini terkedu disuruh tengok kiri “Nampak senang, tapi bukan mudah nak bersihkan”

“Kacau orang malam-malam lagi kan,” tulis seorang gadis di akaun Twitternya sehingga diulang kicau lebih 27,000 kali dan mendapat lebih 22,000 tanda suka.

Perkongsian Sabrina menjadi perhatian netizen.

Ain Sabrina Yusof berkata, ketika itu anak saudaranya, Ahmad Izz Shafiy Ahmad Fikri yang berusia enam tahun bercuti di rumah keluarganya di Shah Alam, Selangor.

Gadis berusia 23 tahun itu memberitahu, sebelum rakaman dibuat anak saudaranya yang mesra dengan panggilan Izz itu mengetuk pintu bilik tidurnya berkali-kali.

“Masa tu dah pukul 11.30 malam, kami semua dah nak tidur. Tapi Izz ni tidur lambat, jadi dia datang ketuk pintu bilik kami yang terbuka sedikit beberapa kali.

“Lepas ketuk pintu kuat, dia lari. Saya dan kakak pula dah kat katil, lampu bilik pun dah tutup, dengan muka pun disapu krim facial mask

“Kali keempat, kami panggil dia masuk. Saya dah standby rakam, kakak pula pakai flash lampu kat muka dia. Bila Izz masuk bilik memang terkejutlah tengok muka kami yang putih macam hantu,” katanya kepada mStar.

Kakak Sabrina (kanan) bersiap sedia dengan kejutan buat anak saudara.

Walau bagaimanapun, Sabrina berkata, anak saudaranya itu tidak menangis selepas ditakutkan dan tidak merajuk atau menunjukkan tanda protes keesokan hari.

Pelajar di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Seri Iskandar, Perak itu tidak terkejut dengan keadaan anak saudaranya kerana tahu dia seorang yang begitu berani.

“Bukan setakat berani, tapi pada usia sekecil itu dia dah minat tengok filem-filem seram. Dia memang tak takut tengok cerita tu, siap ajak kami tengok lagi.

Dia ni nakal, suka menyakat kami adik-beradik. Suka takutkan kami buat main-main hantu sergah kat dapurlah, muncul dari belakang langsirlah

SABRINA

“Tapi dia ni nakal, suka menyakat kami adik-beradik. Suka takutkan kami buat main-main hantu sergah kat dapurlah, muncul dari belakang langsirlah.

Prank yang dia buat selalu tak menakutkan, tapi kami layankan saja buat-buat takut,” ujarnya sambil menambah bahawa Izz merupakan anak sulung daripada dua beradik.

Walaupun meminati filem seram, anak saudara Sabrina terkejut dengan gurauan 'lembaga putih'.

Menurut Sabrina, anak saudaranya itu seorang yang petah bercakap dan suka berjenaka yang menjadi penyeri buat mereka sekeluarga.

“Mak ayah saya selalu manjakan dia, maklumlah cucu sulung. Dia ni memang aktif, kuat bebel dan kelakar, tak pernah bosan kalau dia ada.

“Kakak saya dah mula hantar dia ke kelas memanah selain menunjukkan minat dalam sukan seperti bola keranjang. Semakin aktiflah dia nanti,” katanya.

prank , hantu , seram , facial mask

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain