suria

Abang kering tekak, adik jadi ‘mangsa’ prank... reaksi budak umur 6 tahun ini tetap ‘cool’ walau cuaca panas!

Hafiz mengaku suka membuli adik bongsunya, Hariz tapi pada masa yang sama merupakan seorang abang yang penyayang. Foto ihsan Hafiz Aidil Mahazir

KETERUJAAN seorang adik untuk menikmati ais krim dapat digambarkan menerusi kegigihannya untuk mendapatkan sudu dan mangkuk.

“Jap, jap... abang jagakan tu,” ujar seorang adik yang tidak mahu melepaskan peluang berkongsi ais krim bersama abangnya.

Bukan satu, tapi dua sudu yang diambil untuk dirinya dan abang, menerusi video berdurasi 23 saat yang tular di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Kejutan hadiah buat adik-adik, tapi abang yang sebak “Tak pernah meminta-minta, tapi saya tahu mereka teringin”

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara buat ‘water park’ kat rumah, kepala adik ditimpa baldi – “Saya tak ada bajet, mujur adik-adik faham”

ARTIKEL BERKAITAN: Adik tumpahkan mi goreng, abang sental kereta... Lelaki ini terkedu disuruh tengok kiri “Nampak senang, tapi bukan mudah nak bersihkan”

Bagaimanapun, bekas ais krim itu sebenarnya mengandungi beberapa ekor ikan mentah, bukan ais krim sehingga kesudahan video tersebut menimbulkan tanda tanya.

Hariz Asyraf Mahazir.

Si abang dalam video tersebut, Hafiz Aidil Mahazir, 14, berkata video itu sekadar gurauan atau prank yang dibuat untuk  adiknya, Hariz Asyraf berusia enam tahun.

Hafiz yang bakal menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tahun depan berkata, dia sebenarnya terlebih dahulu telah ‘terpedaya’ dengan bekas yang mempunyai label ais krim itu.

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 2 petang semalam (Rabu), masa tu saya dan adik-beradik di rumah nenek di Simpang Renggam, Johor sempena cuti sekolah.

“Cuaca agak panas ketika itu dan tekak rasa kering, jadi saya buka peti sejuk di rumah nenek tengok kalau ada minuman atau makanan yang boleh melegakan tekak.

“Saya excited bila nampak bekas ais krim sebab biasanya memang ada ais krim dalam peti sejuk di rumah nenek. Tapi bila buka cuma ada ikan di dalamnya,” katanya kepada mStar.

Hariz begitu manja dengan abangnya.

Hafiz yang berasal dari Pasir Gudang, Johor kemudian mendapat idea dan mengambil kesempatan untuk membuat gurauan terhadap adiknya.

“Saya rasa macam ‘terkena’, tapi takkan saya seorang saja yang kena. Mana boleh macam tu, jadi saya pula kenakan adik.

“Penamat video memang macam tu dan tak ada sambungan. Lepas buka bekas yang ada ikan tu, adik terkejut tapi dia gelakkan saja,” tambah anak sulung daripada tiga beradik itu.

Saya rasa macam ‘terkena’, tapi takkan saya seorang saja yang kena. Mana boleh macam tu, jadi saya pula kenakan adik.

HAFIZ

Menurut Hafiz, mujur adiknya tidak merajuk kerana sukar untuk untuk membeli ais krim ketika cuaca panas berikutan jarak kedai runcit agak jauh dari rumah nenek.

“Tak ada apa-apa berlaku lepas tu. Tak minta pula ais krim sebab dia memang tahu abang dia selalu belanja macam-macam.

“Saya memang suka buli adik-adik, tapi penyayang juga. Jarak kedai runcit dari rumah nenek lebih 1 kilometer... kalau jalan kaki masa tengah panas tu memang lencun berpeluh,” ujarnya.

Hubungan Hafiz dan Hariz begitu akrab sebagai abang dan adik.

Hafiz bagaimanapun menjelaskan hubungannya bersama adik adalah baik, sambil mendedahkan adiknya itu pernah menangis sewaktu dia bersekolah di asrama.

“Masa tu saya di tingkatan dua dan adik baru tiga tahun. Saya bersekolah di asrama jadi dia sedih bila berjauhan dengan saya sebab tak ada geng nak bermain.

“Ayah siap buat video dia menangis sambil menyebut ‘abang’ beberapa kali. Sekarang ni saya masih tinggal asrama, tapi adik dah besar dah tak nangis macam dulu,” katanya secara berseloroh.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
prank, ais krim, asrama, ikan

Artikel Berkaitan

Artikel Lain