suria

“Tetap jadi kenangan yang abadi” - Debaran nak nikah belum selesai, kereta bawa pengantin tersangkut dalam banjir!

Paparan skrin video tular yang memaparkan pengantin terperangkap dalam air banjir di Besut pada Jumaat. FOTO: Facebook Ayah Llah.

SUDAH sinonim dengan masyarakat negara kita, musim banjir biasanya akan menjelma sekitar Disember setiap tahun.

Malah, pada Jumaat dilaporkan ada penduduk di beberapa kawasan di sekitar Terengganu yang dipindahkan akibat paras air yang semakin meningkat.

Antara kawasan terlibat tentunya di daerah Besut yang mana tular pula satu rakaman memaparkan seorang bakal pengantin tersangkut dalam banjir.

ARTIKEL BERKAITAN: Tinggalkan Majlis Perkahwinan Demi Bantu Mangsa Banjir

ARTIKEL BERKAITAN: Padah nak gambar meletop punya pasal... baju pengantin lencun, duit melayang, “Habis banjir laluan ke bilik hotel, sampai bomba datang”

Rakaman berdurasi satu minit 13 saat itu menunjukkan pengantin perempuan berada dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda yang sudah separuh ditenggelami air, di sebuah jalan di daerah itu.

Anggun mengenakan busana putih, pengantin itu dibantu beberapa individu sebelum dipindahkan ke dalam sebuah bot.

"Operasi pemindahan bakal pengantin di Batu 13 Hulu Besut," tulis pengendali Facebook Ayah Llah yang berkongsi video itu.

Sehingga kini, video berkenaan dikongsi lebih 2,000 netizen dan turut menerima lebih 100,000 tontonan.

Dalam pada itu, video berkenaan turut dihujani dengan pelbagai komen yang mana rata-ratanya meluahkan rasa simpati atas nasib yang menimpa pengantin berkenaan.

Posting di Facebook Ayah Llah.

Malah, ada yang menyifatkan insiden itu pastinya  kenangan yang tidak akan dilupakan wanita itu.

"Tetap menjadi kenangan manis yang abadi. Tahniah kepada kedua mempelai. Semoga bahagia dunia akhirat.

"Teringat kenangan dulu. Naik perahu juga nak pergi kahwin. Bulan 12.

"Dugaan dia, semoga dipermudahkan urusan.

"Ya Allah permudahkanlah urusan keluarga pengantin ni, amin," tulis beberapa netizen.

Identiti pengantin bagaimanapun tidak dapat dipastikan apabila pemilik video masih tidak dapat dihubungi mStar.

Menurut Angkatan Pertahanan Awan (APM) menerusi laporan Bernama setakat 2 petang Jumaat, lebih 283 penduduk sudah dipindahkan di Besut dan Setiu akibat paras air yang semakin meningkat.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain