suria

Wanita dedah ex boyfriend sanggup pinjam wang beli gambar lucah, alasannya selepas kantoi sukar diterima!

Seorang wanita mendapat tahu teman lelakinya sanggup membeli gambar tidak senonoh. -foto WOB

ZAMAN sekarang dengan adanya internet, penipuan terhadap orang tersayang boleh berlaku dalam pelbagai cara atau bentuk.

Tetapi awas kerana sepandai-pandai anda menipu, mungkin anda akan 'kantoi' juga akhirnya, juga kerana kemajuan teknologi.

Inilah yang berlaku kepada seorang gadis yang teman lelakinya bukan sahaja menipu, tetapi apa yang dilakukannya nampak agak mengerikan!

Sally memberitahu WOB bahawa teman lelakinya (kini bekas teman lelaki) kantoi membeli gambar bogel daripada seorang gadis yang ditemui dalam talian.

Paparan skrin perbualan Jack dengan seorang gadis. -WOB

Lebih teruk lagi, lelaki berkenaan, Jack telah meminjam RM150 daripadanya tanpa sebab, menyebabkan Sally hairan.

Selepas kembali dari bank, lelaki itu kelihatan teruja dan tidak mahu diganggu.

Sally kemudian senyap-senyap memeriksa telefon Jack dan alangkah terkejutnya apabila dia melihat gambar-gambar perempuan bogel serta resit deposit tunai untuk transaksi pembelian yang dibuatnya.

Butiran perbualan Jack dan gadis yang menjual gambar tidak senonoh. -WOB

Anda tahu apa alasannya selepas kantoi?

"Saya ditipu kerana saya bayar untuk 150 gambar tetapi hanya dapat 120 sahaja."

Ya, itulah ayat pertama yang keluar dari mulutnya kepada Sally yang sudah lima tahun menjalinkan hubungan dengannya.

Sally juga berjaya membaca mesej bekas teman lelakinya yang dihantar kepada gadis tersebut untuk mengatur transaksi urusan mereka.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
internet, kantoi, gambar, bogel, beli

Artikel Lain