suria

Mahu daftar kolej, tapi bapa terlupa bawa anak... pelajar dedah ibunya pun pernah ‘jalan terus’ - “Saya cuba kejar, jerit sambil menangis”

Nur Dyana (kiri) berkongsi pengalamannya semasa pergi untuk mendaftar semester baharu di kolej bersama ibu bapanya (gambar kanan). Foto ihsan Nur Dyana Hood

SEORANG gadis berdepan situasi mencemaskan yang kemudian bertukar lucu semasa mahu bertolak ke kolej untuk mendaftar semester baharu.

“Anda tahu tak pagi aku dah tak selamat. Bapa aku nak hantar aku pergi daftar kolej, lepas tu dia patah balik. Anda tahu apa yang tertinggal? 

“Aku yang tertinggal, padahal aku dah kat sebelah kereta dah nak naik kereta tapi dia jalan je tinggalkan aku,” menurut tulisannya di laman Twitter sehingga menjadi tular.

ARTIKEL BERKAITAN: Niat elak budak jadi mangsa culik, dilanggar kereta...sudahnya kena ‘sound’ "tak payah sibuk hal orang"!

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri sedih tertinggal telekung pink belacan di R&R, suami sanggup susahkan diri bantu - “Boleh ganti baharu, tapi bagi dia tak sama”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami tinggal bekal, ‘kecoh’ satu MRT, isteri pesan “bagi min jelah makan masak lomak ayam tu, tapi...”

Gadis berkenaan, Nur Dyana Hood berkata, insiden berlaku dekat kediamannya di Pontian, Johor baru-baru ini ketika dia mahu mendaftar semester baharu di Kolej Poly-Tech Mara di Batu Pahat.

Pelajar berusia 19 tahun itu memberitahu, keadaan yang berlaku begitu pantas itu membuatkan dirinya terpaku melihat kereta yang dipandu bapanya meninggalkannya dari jauh.

“Kejadian berlaku pada pukul 7.30 pagi dan kami tidak dalam keadaan tergesa-gesa. Mak duduk di hadapan bersama ayah.

“Saya agar blur masa tu, tak rasa nak gelak. Saya hanya perhati je dari jauh sebab biasa waktu pagi sebelum pukul 9 memang saya kurang bercakap. Sebab tu macam lambat nak respon.

“Saya hanya tengok je kereta ayah pergi tinggalkan saya. Tapi, saya rasa pelik sikitlah kenapa ayah jalan je tak tunggu saya,” katanya kepada mStar.

Nur Dyana turut berkongsi pengalaman 'tertinggal' semasa di sekolah rendah.

Pelajar Diploma Rekaan Grafik Komputer itu bagaimanapun tidak bertanyakan mengenai hal tersebut sebaik bapanya kembali berpatah balik ke rumah untuk menjemputnya.

“Dia tak cakap apa-apa. Saya pun naik jelah. Dia diam saja dan mak saya pun senyum je. Ayah perasan dari cermin sisi kereta bila nampak saya tertinggal di belakang, itu yang dia patah balik.

“Masa ayah diam tu saya pun diam jelah. Takut nak bersuara sebab ayah pendiam dan garang,” katanya sambil menambah perjalanan mereka ke kolej mengambil masa kira-kira 1 jam dan 30 minit.

Ayah perasan dari cermin sisi kereta bila nampak saya tertinggal di belakang, itu yang dia patah balik. Takut nak bersuara sebab ayah pendiam dan garang.

NUR DYANA

Menurut Nur Dyana, kejadian ‘tertinggal’ itu bukanlah pertama kali berlaku kerana pernah dialaminya sewaktu belajar tahun satu di sekolah rendah.

“Masa tu mak saya nak jemput saya pulang dari sekolah dengan motosikal tapi dia tak nampak saya sebab saya sembunyi belakang pokok.

“Mak selamba je terus menunggang motor. Saya cuba kejar dari belakang, jerit sambil menangis tapi mak tak dengar. Saya sampai terduduk tepi jalan sebab kejar mak,” tambahnya.

Nur Dyana bersama rakan-rakannya di kolej.

Mengulas lanjut, anak bongsu daripada tiga beradik ini berkata, dia terpaksa bersembunyi di belakang pokok di seberang sekolah sementara menunggu ibunya kerana pernah mengalami insiden nyaris diculik.

“Sebelum ini, pernah ada kes saya hampir diculik. Sebab tu saya macam trauma. Jadi, kalau nampak lelaki tak dikenali je saya sembunyi. 

“Masa saya terduduk tepi jalan tu ada kawan kakak saya tumpangkan naik basikal ke tempat menunggu dan temankan saya sementara mak patah balik untuk ambil saya,” katanya namun tidak mahu mengulas lanjut kisah nyaris diculik.

Jelas Nur Dyana, dia sebenarnya menunggang motosikal sepanjang pengajian di KPTM dan hanya menaiki kereta bapanya setiap kali pembukaan semester baharu untuk pendaftaran.

“Kalau pergi kelas saya naik motor. Bila teringat kisah kenal tinggal tu, mestilah serik lepas ni nak memandu sendiri je.

“Tapi saya cuma ada lesen motosikal je, jadi lepas ni kena cepat-cepat ambil lesen memandu untuk kereta. Tak nak kena tinggal lagi,” katanya secara berseloroh.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
tertinggal, KPTM, culik

Artikel Lain