suria

Gara-gara buat ‘water park’ kat rumah, kepala adik ditimpa baldi – “Saya tak ada bajet, mujur adik-adik faham”

(kiri) Khairil begitu rapat dengan adik-adiknya. (kanan) Tangkapan skrin video tular menunjukkan salah seorang adiknya dibaling dengan baldi semasa membuat 'water park' di rumah. Foto ihsan Khairil Azib Chairil Azan

KECOH di media sosial kepala seorang adik perempuan ditimpa baldi selepas dibaling abangnya dari balkoni di tingkat atas sebuah rumah.

Semuanya gara-gara seorang pemuda mendapat permintaan dua adik perempuannya untuk membawa mereka ke taman tema air terkenal, Sunway Lagoon.

My sisters: “Abang belanja la kita pergi Sunway Lagoon.” 

ARTIKEL BERKAITAN: Kejutan hadiah buat adik-adik, tapi abang yang sebak “Tak pernah meminta-minta, tapi saya tahu mereka teringin”

ARTIKEL BERKAITAN: Adik tumpahkan mi goreng, abang sental kereta... Lelaki ini terkedu disuruh tengok kiri “Nampak senang, tapi bukan mudah nak bersihkan”

Me: “Abang tak mampu lagi lah korang tapi tak apa kita buat water park kat rumah.”

Perkongsian seorang abang yang meluangkan masa bersama adik-adiknya.

Video berdurasi 12 saat itu menunjukkan tiga beradik itu bergurau senda, dengan abangnya mencurahkan air dari tingkat atas buat adik-adiknya di luar rumah.

“Sunway ni siap ada bagi baldi lepas air habis. Hebat ni,” tulis seorang netizen.

“Tak tahu pulak tong jatuh atas kepala ada dalam pakej waterpark,” komen netizen secara sinis.

“Haha adui kalau abang bergurau dengan adik-adik memang macam ni lah gayanya,” kata seorang lagi netizen.

Taman tema air Sunway Lagoon. Foto Low Lay Phon

Abang kepada dua adik perempuan itu, Khairil Azib Chairil Azan berkata, video tersebut dirakamkan pada petang Jumaat lalu sebelum dikongsikan di laman Twitternya pada petang Sabtu.

Pemuda berusia 21 tahun itu memberitahu, ketika itu dia sedang berehat di bilik sementara ibu bapa mereka bekerja, sebelum didatangi adik-adiknya.

“Adik-adik saya tiba-tiba datang buat permintaan untuk bawa mereka ke Sunway Lagoon. Saya memang terkejut sebab mana ada bajet nak bawa mereka ke situ.

“Sudahnya buat waterpark kat rumah saja. Saya isi air dalam baldi dan kemudian curahkan air dari balkoni, sekali baling baldi ke bawah,” katanya kepada mStar.

Telatah tiga beradik yang mencuit hati.

Khairil yang menetap di Ampang, Selangor berkata, bukan sekali dia buat curahan air itu pada adik-adiknya tapi empat kali, mulanya baldi diisi dengan air di tingkat atas, sebelum dibalingkan ke bawah.

Dia yang baru menamatkan latihan praktikal dalam Diploma Seni Kulinari di Kolej Antarabangsa Silverspoon (SSiC) di Puchong, Selangor berkata, ketika empat kali mencurah air dalam baldi itu, sekali kepala adiknya terkena baldi yang dibalingnya.

Jangan risau kepala adik saya ok, tak ada sesiapa yang cedera. Kami enjoy main air tu, siap sama-sama cuci kereta saya selepas itu

KHAIRIL

“Jangan risau kepala adik saya ok, tak ada sesiapa yang cedera. Malah, adik saya nak lagi adalah tapi saya tak buat dah lepas tu. Kami enjoy main air tu, siap sama-sama cuci kereta saya selepas itu,” katanya.

Menurut Khairil, ketika itu dia baru hari ketiga buat kerja sambilan sebagai pemandu perkhidmatan e-hailing Grab bagi mencari wang belanja sendiri.

Khairil berusaha untuk menunaikan permintaan adik-adiknya.

“Masa main-main air saya bercuti. Saya bawa Grab sebab nak ada duit poket sendiri dan nak bayar ansuran bulanan kereta, saya cuba tak nak susahkan ibu bapa.

“Kasihan juga dengan adik-adik saya sebab kali pertama dan terakhir kami ke Sunway Lagoon beberapa tahun lalu. Itupun ditaja sebab hari keluarga anjuran syarikat di tempat ibu bekerja,” katanya.

Khairil bagaimanapun dalam pertimbangan untuk menunaikan hasrat adik-adiknya ke taman tema air yang terletak di Bandar Sunway di Petaling Jaya, Selangor.

“Sekarang ni saya baru buat Grab kira-kira empat jam sehari dan keuntungan bersih itu nanti dapat digunakan untuk bayar ansuran kereta.

“Saya memang tak ada bajet, mujur adik-adik faham. Tapi, saya akan usahakan untuk bawa mereka ke sana, mungkin bawa Grab lebih lama berbanding sebelum ini,” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
baldi, Sunway Lagoon, water park, Grab

Artikel Lain