Bimbang terkena penyakit, tukang jahit buat pelindung untuk satu family... bapa dapat topeng Batman! - Viral | mStar

Bimbang terkena penyakit, tukang jahit buat pelindung untuk satu family... bapa dapat topeng Batman!

Seorang tukang jahit menjahit topeng muka aneka corak buat ahli keluarganya ketika jerebu melanda negara.
KEADAAN jerebu di Malaysia sehingga kini ibarat tiada titik pengakhirannya, malah terus mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat.

Terbaharu satu posting yang dimuat naik di laman Twitter dengan kapsyen 'bila kakak kau seorang tukang jahit, padahnya semua dapat seorang satu topeng muka M42. Nak tempah boleh dm aku', menarik perhatian netizen.

Posting yang memaparkan 11 sekeluarga, termasuk tiga kanak-kanak memakai topeng muka pelbagai corak itu dimuat naik oleh @amaraziz09 pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa ajak anak buat benda ‘gila’ halau asap ke Indonesia... jerebu tak hilang tapi ramai terhibur - “Sebenarnya dia sangat malu...”

ARTIKEL BERKAITAN: Stres jerebu disamakan hembus asap rokok di kedai mamak – “Lagi pelik, perokok pakai topeng muka”

Ia diberi nama topeng muka M42, selepas tukang jahitnya mendapat idea spontan dan menjahitnya untuk tujuan suka-suka sahaja.

Topeng muka bercorak 'Batman' dan bunga menjadi pilihan kedua orang tuanya.

Rata-rata netizen terhibur dan memuji pendekatan yang dilakukan oleh wanita itu sebagai salah satu usaha menjaga kesihatan diri dan sebagai satu bentuk perlindungan kesan jerebu.

Menerusi posting tersebut, apa yang menggelikan hati netizen apabila si bapa memakai corak topeng muka karakter adiwira terkenal pada zaman kanak-kanak iaitu Batman manakala, isterinya memakai topeng muka bercorak bunga.

Apabila seorang warga emas tidak kisah memakai topeng muka bercorak seperti itu, netizen menganggapnya sebagai 'rare' dan comel.

Netizen turut memuji inisiatif kreatif wanita itu dalam menghasilkan topeng muka untuk ahli keluarganya.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim baru-baru ini menyarankan orang ramai supaya memakai topeng muka pembedahan (surgical mask) atau topeng muka N95 dalam keadaan jerebu sekarang ini.

Pakar Runding Kanan Pediatrik, Datuk Dr Amar Singh HSS bagaimanapun berkata topeng yang diperbuat daripada kain adalah tidak digalakkan sebagai perlindungan daripada jerebu.

“Beberapa kajian menunjukkan ia biasanya tidak berkesan untuk partikel berukuran 2.5 mikron ke bawah dan ia mudah basah serta meningkatkan risiko mendapat jangkitan, namun ramai yang menggunakannya disebabkan ia murah dan boleh dibasuh serta diguna semula,” katanya, memetik Bernama.

jerebu , topeng muka , kesihatan , kain

Artikel Lain