Bapa ajak anak buat benda ‘gila’ halau asap ke Indonesia... jerebu tak hilang tapi ramai terhibur - “Sebenarnya dia sangat malu...” - Viral | mStar

Bapa ajak anak buat benda ‘gila’ halau asap ke Indonesia... jerebu tak hilang tapi ramai terhibur - “Sebenarnya dia sangat malu...”

Faizal bersama anak perempuannya melakukan projek 'Blow the Haze' mendapat sokongan ramai.

LEMAS dalam udara beracun? Seakan-akan tiada kesudahan, Malaysia terus mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi.

Malah berdasarkan cerapan IPU oleh Indeks Kualiti Udara Dunia (WAQI) pada Rabu lalu, negara ini menduduki kedudukan teratas dalam senarai negara dengan pencemaran udara yang tinggi.

Masalah jerebu melibatkan Malaysia sejak sebulan lalu mengundang pelbagai masalah terutamanya dari segi kesihatan rakyat seperti masalah pernafasan, asma serta iritasi kulit dan mata. 

Bagaimanapun, umum mengetahui masalah jerebu ini disebabkan oleh pembakaran terbuka yang berlaku di negara jiran, Indonesia sehingga Malaysia dan Singapura  turut terkena tempiasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: 6 kawasan di Selangor catat IPU tidak sihat

ARTIKEL BERKAITAN: Jerebu makin serius di Semenanjung, catat bacaan IPU tidak sihat

Tular satu posting di laman Twitter yang dimuat naik oleh Faizal Rosly atau lebih dikenali sebagai Ijai pada 16 September lalu memaparkan video dia bersama anak perempuannya meniup asap jerebu ke arah Indonesia menggunakan kipas mainan.

Terima kasih semua untuk sokongan dan kata-kata positif. Nasihat saya, anda patut meluangkan sedikit masa dengan melakukan perkara yang 'gila' bersama anak-anak anda kerana mereka membesar begitu cepat. Dan sebenarnya anak perempuan saya sangat malu nak buat aksi ini dengan saya.

FAIZAL ROSLY


Mengenakan kapsyen, "Saya bersama anak perempuan saya sedang melakukan projek meniup kembali jerebu ke Indonesia", video dua beranak yang berdurasi 34 saat itu berjaya meraih kira-kira 25,000 ulang kicau (retweet).

Rata-rata netizen terhibur dan memuji pendekatan yang dilakukan Ijai bersama anak perempuannya sebagai salah satu usaha simbolik bagi mengurangkan jerebu di Malaysia.

"Terima kasih Faizal kerana menyelamatkan jutaan nyawa rakyat Malaysia. Pakcik rasa sebak," kata seorang netizen yang menyokong tindakannya.

Rata-rata netizen menyokong projek 'blow the haze'

Menerusi video tersebut kelihatan Ijai memakai topeng klasik N95 manakala anaknya memakai topeng salah satu karakter dari filem Star Wars bagi menjayakan misi 'blow the haze' tersebut.

Ijai turut menggunakan khidmat 'Mr. google map' bagi meniup jerebu kembali ke Indonesia dengan menggunakan kipas permainan anaknya mengikut arah angin yang betul merujuk kepada peta Malaysia-Indonesia.

Balas Ijai di ruangan komennya.

Ijat turut berterima kasih atas kata-kata positif dan sokongan netizen terhadap videonya yang tular itu.

"Terima kasih semua untuk sokongan dan kata-kata positif. Nasihat saya, anda patut meluangkan sedikit masa dengan melakukan perkara yang 'gila' bersama anak-anak anda kerana mereka membesar begitu cepat. Sebenarnya anak perempuan saya sangat malu nak buat aksi ini dengan saya," balasnya menerusi ruangan komen," katanya.

Jerebu , twitter , netizen

Artikel Lain