Kecoh pelajar senior arah 4 junior tutup lampu dorm asrama, ada yang kata buli – “Kami panggil mereka sekadar nak bergurau” - Viral | mStar

Kecoh pelajar senior arah 4 junior tutup lampu dorm asrama, ada yang kata buli – “Kami panggil mereka sekadar nak bergurau”

Tangkapan skrin video menunjukkan pelajar junior sebuah asrama diarahkan menutup suiz lampu dorm.

KECOH mengenai sebuah video yang tular mengenai pelajar senior di sebuah asrama mengarahkan sekumpulan pelajar junior menutup suiz lampu di dalam dorm.

Video berdurasi tersebut 51 saat itu menunjukkan setiap seorang daripada empat pelajar junior diberi ‘tugas’ untuk menutup suiz lampu satu persatu sehingga dorm dalam keadaan gelap.

Seorang pelajar senior berbaring di katil berhadapan dengan kotak suiz mengawasi pelajar junior berkenaan sambil kedengaran gelak tawa pelajar-pelajar lain di dalam dorm.

ARTIKEL BERKAITAN: Guna teknik ‘pulas’ kejut pelajar liat bangun pagi, cikgu penyayang dedah hari ‘malang’... koridor asrama tiba-tiba sunyi

ARTIKEL BERKAITAN: “Kawan tukang jerit, saya tukang tutup” - Tetamu, pintu uji kesabaran, dua rakan sebilik guna botol selesai masalah

Perkongsian video itu menerima pelbagai reaksi termasuk mereka yang menganggapnya sebagai keterlaluan dengan mengaitkannya dengan kejadian buli yang sering berlaku sejak kebelakangan ini.

Perkongsian video yang menjadi perbualan netizen.

Pada masa sama, sebahagiannya pula melihat ia sebagai lumrah kehidupan sekolah berasrama untuk merapatkan hubungan antara pelajar senior dan junior.

Bercakap kepada mStar, salah seorang pelajar dalam video itu memberitahu kejadian tersebut berlaku di sebuah sekolah menengah berasrama di Ipoh, Perak.

Pelajar berusia 17 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Amoq itu bagaimanapun menafikan kejadian tersebut sebagai satu bentuk kes buli tetapi sebenarnya sebagai satu gurauan atau prank.

“Itu bukan buli. Pelajar-pelajar junior yang disuruh tutup suiz lampu bukan baru mendaftar ke sekolah kami, sebaliknya mereka adalah pelajar tingkatan tiga.

“Kami pula pelajar tingkatan lima, dah lama kenal mereka. Video tersebut sekadar gurauan dan sakat-menyakat antara kami dah rapat macam adik-beradik,” katanya kepada mStar.

Empat pelajar junior diarahkan untuk menutup setiap suis lampu satu persatu.

Amoq berkata, video yang dimuatnaik di laman Twitter pada Sabtu itu bagaimanapun telah dipadamkan, selepas menerima arahan daripada warden asrama susulan ia tular di media sosial.

Pelajar senior yang berasal dari Ipoh itu turut menjelaskan bahawa tiada sebarang kekerasan berlaku antara mereka ketika kejadian.

Orang selalu ingat buli bila sebut asrama. Bukan semua asrama macam tu, ada yang rapat macam adik-beradik. 

AMOQ

“Kami panggil mereka (pelajar junior) sekadar nak bergurau. Tak ada sebarang kekerasan, pergaduhan atau melibatkan sentuhan fizikal. Tengking suara pun tak ada, sekadar gelak-gelak.

“Kalau tengok dalam video pun, mereka bukannya takut lebih kepada tertanya-tanya dan ketawa sendiri pun ada. Sebab mereka tak tahu itu adalah gurauan semata-mata,” katanya.

Sebahagian komen netizen.

Menurut Amoq, apa yang dilakukan mereka itu hanya sekadar suka-suka dan ia dirakam untuk menyimpan kenangan manis dan memori kehidupan di asrama.

“Orang selalu ingat buli bila sebut asrama. Bukan semua asrama macam tu, ada yang rapat macam adik-beradik. Gurauan juga boleh merapatkan hubungan antara kami,” tambahnya.

Bagaimanapun Amoq mengakui isu buli yang sering berlaku menyebabkan video gurauan mereka disalahertikan, sehingga segelintir netizen berkongsi pengalaman mereka.

“Bukan niat kami untuk membangkitkan pengalaman trauma mereka yang pernah menjadi mangsa buli atau di mana-mana. Kami sekadar nak menyuntik elemen positif hidup di asrama.

“Bagaimanapun, kami memohon maaf sekiranya video tersebut banyak mengguris perasaan banyak pihak sehingga menyentuh sensitiviti,” katanya. 

buli , dorm , asrama , lampu , senior , junior

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain