Baru 3 minggu merantau dari Muar ke KL nak cari kerja, pemuda ini dah hidup merempat... Tiba-tiba dapat berita sedih sebaik on telefon - Viral | mStar

Baru 3 minggu merantau dari Muar ke KL nak cari kerja, pemuda ini dah hidup merempat... Tiba-tiba dapat berita sedih sebaik on telefon

Seorang gelandangan menerima berita sedih mengenai pemergian ibunya. Foto BAVANI sekadar gambar hiasan/ (gambar kecil) Foto twitter KecharaSoupK

TANPA wang atau harta, demikian keperitan hidup individu bergelar gelandangan.

Namun, kehilangan orang tersayang sebenarnya merupakan detik yang paling sukar bagi sesiapapun.

Seperti Faizal yang sanggup merantau dari kampung halamannya di Muar, Johor ke Kuala Lumpur kira-kira tiga minggu lalu untuk mencuba nasib mencari rezeki.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu 4WD sebak jumpa lelaki gigih tolak motosikal dari Tanjung Malim ke Penang selepas dibuang kerja, dibayar RM5 - “Dia dah macam hilang separuh nyawa”

ARTIKEL BERKAITAN: Sesak teruk KL-Kelantan 22 jam baru sampai, terdetik elok jalan kaki je sebelum terserempak lelaki di pembahagi jalan “Someone really did it”

Lebih menyedihkan apabila dia terpaksa tidur di jalanan selepas kehabisan wang sementara mencari pekerjaan di ibu kota.

Perkongsian Kechara Soup Kitchen mengenai Faizal seorang gelandangan.

Sepanjang tempoh itu, telefon bimbit Faizal tidak selalu aktif kerana dia tidak mempunyai tempat untuk mengecaj bateri telefonnya. 

“Semalam dia akhirnya dapat mengecaj dan mengaktifkan telefonnya. Dia terima banyak miss call dan mesej. 

“Salah satu daripada mesej yang banyak itu dihantar abangnya yang mengatakan ibunya telah meninggal dunia,” menurut perkongsian di laman Twitter sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Kechara Soup Kitchen pada Ahad.

Mesej yang dihantar abangnya bernama Hafiz berbunyi: “Izal, mak dah kembali ke rahmatullah pagi ini”

Mesej yang diterima Faizal mengenai ibunya dijemput Ilahi.

Kechara Soup Kitchen merupakan badan yang membantu menyediakan makanan dan rawatan perubatan kepada golongan gelandangan dan miskin bandar di Malaysia.

Menurut Kechara Soup Kitchen, Faizal bagaimanapun tidak mempunyai wang untuk pulang ke kampung halaman di Muar.

“Faizal kemudian datang menemui Kechara bagi mendapatkan bantuan, selepas disarankan oleh salah seorang rakan yang baru dikenalinya di jalanan.

“Kami bawa dia ke stesen bas dan membelikannya tiket untuk pulang kampung bagi membolehkan dia bersama keluarga dalam waktu yang sukar ini,” katanya., 

Dia terima banyak miss call dan mesej. Salah satu daripada mesej yang banyak itu dihantar abangnya yang mengatakan ibunya telah meninggal dunia

KECHARA SOUP KITCHEN

Bagaimanapun, tidak dijelaskan bila dan punca ibu Faizal meninggal dunia.

Menurut badan itu lagi, Faizal berasa lega setelah menerima bantuan itu di saat dia amat memerlukannya.

“Salam takziah kami buat keluarga Faizal,” jelas Kechara Soup Kitchen.

Perkongsian mengenai Faizal yang tidak mempunyai wang untuk pulang ke kampung.

Perkongsian tersebut mengundang sebak netizen di samping menghargai kerjasama Kechara Soup Kitchen dalam membantu Faizal.

“Allahuakbar, mesej yang paling aku takut,” tulis seorang netizen yang tidak dapat membayangkan bagaimana Faizal memperoleh kekuatan untuk membaca mesej mengenai pemergian ibunya.

Kechara Soup Kitchen menawarkan bantuan membeli tiket bas untuk Faizal pulang ke kampung. Gambar sekadar hiasan/Foto AZMAN GHANI

“Ya Allah kesiannya. Semoga Faizal tabah menghadapi kehilangan ibu tercinta. Jangan putus asa Faizal, Allah sentiasa ada tidak kira betapa sukarnya kita. Akak dah rasa. Al-Fatihah,” ujar seorang wanita.

“Semoga Allah beri kekuatan kepada dia dan keluarganya. Dan semoga Allah menyedarkan semua orang yang diberi amanat tetapi lalai dengan pangkat dan harta,” komen netizen lain.

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain