Mangsa buli lari dari rumah balas duka ibu bapa dengan keputusan 7A - “Teringat betapa bimbangnya mereka masa saya lari dulu”

(kiri) Ahmad Fitri tersenyum apabila mendapat keputusan cemerlang dalam PT3. (kanan) Foto Ahmad Fitri semasa dilaporkan lari dari rumah kerana enggan dihantar ke sekolah apabila mendakwa dibuli. Foto ihsan Mardiana Ismail

KISAH remaja ini pernah tular kerana melarikan diri sejauh 72 kilometer dari rumah keluarganya di pekan Kuala Selangor menuju ke sebuah pasar raya besar di UJS, Subang Jaya.

Tindakan dibuat pelajar berusia 15 tahun itu, selepas dia enggan dihantar ke sekolah berasrama kerana mendakwa menjadi mangsa buli.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu pernah dapat markah corot 38/100, tapi siapa sangka remaja ini catat keputusan SPM 9A!

ARTIKEL BERKAITAN: Gagal 18 kali, belajar 11 semester baru dapat ‘degree’... bakal peguam pernah nak rempuh kereta orang - “Saya bukan slow learner”

Namun, siapa sangka remaja berkenaan, Ahmad Fitri Mohammad Shaffie berjaya memperoleh keputusan cemerlang iaitu 7A dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang diumumkan pada Khamis lalu.

Perkongsian mengenai keputusan Ahmad Fitri oleh abangnya di laman sosial.

Ibu Ahmad Fitri iaitu Mardiana Ismail, 58, bersyukur kerana anak kesayangan berjaya mendapat keputusan cemerlang selepas melalui kisah pahit dalam hidupnya itu.

“Mestilah seronok, gembira tak terkata. Dialah harapan kita, anak bongsukan.. Syukur Alhamdulillah. Keputusannya lebih baik berbanding sebelum ini.

“Sebagai ibu, saya nampak kesungguhan dia yang mengutamakan pelajaran. Apa yang telah berlaku sebelum ini merupakan cabaran buat dia,” katanya kepada mStar.

Keputusan 7A yang diperoleh Ahmad Fitri dalam PT3.

Mardiana yang juga pesara guru berkata, susulan kejadian itu dia sekeluarga memberi galakan dan sokongan moral kepada Ahmad Fitri bagi menumpukan perhatian kepada pelajarannya.

“Kes buli adalah cabaran untuknya tapi apa-apa pun yang berlaku, pelajaran tetap penting kerana ia adalah pegangan hidup kita.

“Saya berpesan supaya dia belajar hidup berdikari. Dia perlu ada semangat, usaha dan bertawakal kepada Allah SWT,” katanya sambil bersyukur sesi latihan dan pembelajaran di sekolah turut memainkan peranan.


Ahmad Fitri begitu rapat dengan ibunya.

Mengenai kejadian buli yang menimpa anaknya itu, Mardia menjelaskan bahawa kes tersebut telah selesai dan susulan kejadian bertambah baik. 

“Semuanya telah selesai. Anak saya pun banyak belajar daripada pengalaman dan syukur dia semakin kuat dan positif,” katanya sambil menyifatkan anaknya itu seorang yang ceria, kelakar, manja dan hormat pada orang tua.

Sementara itu, Ahmad Fitri pula berkata, orang sekeliling terutama ibu bapanya cukup prihatin dalam memberikan sokongan moral dan motivasi kepadanya.

Kebahagian ibu bapa apabila tersenyum dengan keputusan peperiksaan saya adalah kebahagian buat diri saya.

AHMAD FITRI

“Bila mama (panggilan ibu) beri nasihat, kami berdua jadi sebak. Teringat betapa bimbangnya mak ayah masa saya lari dulu.

“Kini saya balas pula pengorbanan mereka, nak tunjuk yang saya boleh lakukannya. Walaupun bukan terima anugerah pelajar terbaik, tapi sekurang-kurangnya mendapat keputusan yang boleh membanggakan ibu bapa saya,” ujar anak bongsu daripada lima beradik itu.

Pelajar di sebuah sekolah di Kuala Selangor itu mengakui sedih dengan kejadian buli yang menimpa dirinya tetapi dia tidak mahu kesedihan itu berlarutan sehingga turut dirasai oleh ibu bapanya.

Ibu antara pemberi semangat kepada Ahmad Fitri untuk sentiasa mengutamakan pelajaran.

“Kalau saya dapat keputusan yang teruk atau ibu bapa saya bersedih, ia satu penyesalan yang tak dapat digambarkan.

“Kebahagian ibu bapa saya apabila dengan keputusan peperiksaan saya adalah kebahagian buat diri saya,” ujar Ahmad Fitri.

Dalam kejadian pada Julai lalu, Ahmad Fitri yang lari dari rumah ditemui di sebuah pasar raya di USJ, Subang Jaya kira-kira pukul 3.30 petang hari yang sama selepas dia menghubungi ibunya. 

Kehilangan Ahmad Fitri disedari Mardiana ketika ingin menunaikan solat Subuh kira-kira pukul 6.30 pagi.

buli, PT3, mangsa

Artikel Berkaitan

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain