suria

“Bila masuk kelas ada bau wangi” - Guru sediakan kiosk tatarias di sekolah, sebak ada murid tak pernah pakai bedak

Murid-murid menerima manfaat hasil inisiatif kiosk tatarias di SK Ringlet, Cameron Highland. FOTO: Facebook Rosnani Ghazali.

KEBANYAKAN sekolah biasanya mempunyai kiosk jualan yang menyediakan pelbagai barangan untuk murid.

Namun, lain pula ceritanya melibatkan Sekolah Kebangsaan Ringlet, Cameron Highland di Pahang yang mewujudkan kiosk tatarias sejak sebulan yang lalu.

Insan di sebalik inisiatif murni itu, Supiah Badin, 56, mengakui gembira apabila ia mendapat sambutan ramai khususnya anak murid dalam kalangan Orang Asli.

ARTIKEL BERKAITAN: Sibuk mengajar, cikgu menggigil satu badan terima lidi sate pemberian anak murid... permintaannya buat guru ini berjurai air mata dalam kelas!

ARTIKEL BERKAITAN: “Muka je elok, murid tak faham tak guna juga” - Cikgu kacak terkejut murid 'frust' kelas dah habis, tak suka buat kerja sendiri

"Target pada mulanya untuk anak Orang Asli, ada 65 peratus anak Orang Asli di sekolah saya. Tapi ramai murid lain yang berminat.

"Saya mulakan kiosk ini sebulan sebelum tutup sekolah hari tu. Bukan untuk lawa tapi untuk kekemasan diri.


Posting yang tular di Twitter dan Facebook.

"Kami sediakan minyak rambut, getah ikat rambut, bedak, minyak wangi dan sebagainya," ujar guru Bahasa Inggeris itu kepada mStar.

Bercerita lanjut mengenai hal itu, Sapiah berkata dia mendapat sokongan penuh guru besar, Rosnani Ghazali.

Malah, mereka turut berganding bahu dalam menjaga kekemasan murid termasuk dengan mencuci dan memandikan mereka.

Masa buka kiosk tu pula, saya rasa nak menitis air mata tengok murid yang tak reti guna minyak rambut.

SAPIAH BADIN

GURU BAHASA INGGERIS

"Ada murid yang tak mandi datang sekolah. Dengan comotnya, susah nak belajar. Biasanya kami akan mandikan mereka, siap cucikan pakaian mereka lagi. Itu dah menjadi perkara biasa.

"Masa buka kiosk tu pula, saya rasa nak menitis air mata tengok murid yang tak reti guna minyak rambut.

"Ada yang kata mereka tak pernah pakai bedak. Kiosk tu dibuka sebelum waktu pembelajaran dan pada waktu rehat sahaha.

Guru besar, Rosnani Ghazali (kiri) bersama Supiah (kanan) banyak membantu kekemasan diri murid di sekolah mereka bertugas.

"Tapi ada juga yang bertenggek di sana sambil-sambil keluar pergi tandas. Bila masuk ada bau wangi, kami tahu la mereka ke kiosk itu. Ada juga murid perempuan minta gincu," ujar Supiah yang sudah enam tahun berkhidmat di sekolah itu.

Dalam pada itu, anak saudara Supiah, Ili Aqilah Yus Amirul yang menularkan kisah kiosk tatarias itu di Twitter turut menerima reaksi luar biasa netizen.

Ujarnya, ramai pelayar Twitter meluahkan hasrat untuk memberi sumbangan untuk sekolah ibu saudaranya itu.

Terdapat 65 peratus murid Orang Asli di sekolah Supiah bertugas.

"Setakat ini dalam 30 ke 40 orang nak derma. Ada yang nak bagi duit, ada juga sebuah salun yang nak bagi bedak dan minyak rambut.

"Ibu saudara saya tu, dia buat bukan untuk viral. Tapi dia betul-betul mahu tolong murid sekolah tu.

Antara guru yang terlibat dalam menguruskan kioks tatarias di sekolah tersebut.

"Kebanyakannya anak Orang Asli, ada ibu bapa yang menghadapi masalah kewangan. Nak hantar anak ke sekolah pun susah," ujarnya.

Sehingga kini, posting berkenaaan menerima lebih 6,400 ulang kicau (Retweet) di laman Twitter.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain