suria

“Tipnya tak boleh malas” - Siswa ini terima cek belasan ribu hasil kerja sambilan 2 bulan je...Wow!

Fad berjaya menjana pendapatan lima angka dalam masa 2 bulan.

SERING kali kita mendengar cuma individu tertentu terutama yang berjawatan tinggi sahaja boleh menjana pendapatan lima angka. 

Namun berlainan pula dengan kisah seorang remaja belasan tahun ini apabila mampu memperoleh pendapatan lebih RM10,000 dengan hanya bekerja separuh masa. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kaki game 'buat duit' dengan PUBG, siap boleh bagi mak ayah!

Penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di Gombak, Selangor ini berkongsi kejayaan yang diperolehnya dalam masa dua bulan. 

Menerusi sebuah posting yang tular di laman sosial Twitter, Fahd Mohd Fauzi telah memuat naik foto dia memegang replika cek berjumlah RM12,192.68. 

Berkongsi dengan mStar, pemuda berusia 19 tahun ini memberitahu dia baru sahaja berjinak-jinak sebagai ejen produk penapis air di sekitar Lembah Klang. 

Perkongsian Fahd di laman sosial Twitter.

"Sebenarnya saya mula jadi ejen penapis air  dari Ogos. Lepas tu saya stop sampai Oktober. 

"Sekarang saya masih lagi student first year, macam sekarang ni dah musim-musim final, so saya terpaksa berhenti sekejap dan sambung pada cuti semester nanti.

"Yang bagusnya, saya tak terikat dengan kontrak kerja. Anytime saya nak start, saya boleh buat. Kalau ada any commitment, saya boleh stop. 

"Biasanya saya akan post advertisement di Instagram atau saya bagi flyers di kawasan perumahan saya. Lepas tu, saya akan update dekat kawan-kawan atau keluarga terdekat pasal penapis air ni. 

Yang bagusnya, saya tak terikat dengan kontrak yang saya kerja. Anytime saya nak start, saya boleh buat. Macam kalau ada any commitment, saya boleh stop. 

FAHD MOHD FAUZI

MAHASISWA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)

"So far, saya banyak cover area Damansara, cuma boleh saja kalau pembeli dari negeri-negeri lain nak beli," katanya anak sulung lima beradik ini ketika dihubungi mStar. 

Tambah Fahd, dia berkongsi sedikit tips untuk melakukan jualan kerana pekerjaan separuh masanya tidak menawarkan gaji yang tetap. 

"Kalau nak buat sales ni, tipnya kita tak boleh malas. Kita kena rajin, dan selalu rajin sebab kalau tak rajin tak ada sales. 

"Kita pun tak boleh putus asa sebab tu sumber rezeki kita. Hari-hari kita kena bersemangat, fully motivated supaya kita tak down dan boleh cari sales, " ujarnya yang berasal dari Shah Alam ini.

Sementara itu, Fahd berkata ahli keluarganya sentiasa memberikan dorongan sewaktu dia bekerja. 

Bapa Fahd banyak mengajar dan memberikan semangat.

Katanya, bapanya yang juga merupakan ahli perniagaan sedikit sebanyak banyak mengajar dia untuk berdikari. 

"Kadang-kadang family saya akan tanya hari ni macam mana?', sales okay tak?', ada sales tak?'. 

"Bapa saya pun dalam bidang business, jadi dia banyak tolong dan memberikan semangat kepada saya," tambah pelajar jurusan Teknologi Maklumat itu.


Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
pelajar, lima, angka

Artikel Lain