suria

"Kami jalan bersama, orang ingat tu 'anak ikan' saya" - Wanita hampir separuh abad kongsi rahsia kekal jelita walau beranak 6!

Syakiella kekal awet muda walaupun usia mencecah 50-an.

TAHUKAH anda bahawa kecantikan sebenar bermula dari dalam diri setiap individu? 

Bak kata orang, apa yang anda makan, supplement yang diambil, dan gaya hidup, semuanya menyumbang kepada penampilan anda. 

ARTIKEL BERKAITAN: Wow, anak dah 4 tapi 'maintain' cun, aunty awet muda sikit pun tak lokek kongsi petua!

Begitulah juga kisah ibu kepada enam anak ini yang kelihatan seperti anak dara atau dengan kata lain nampaknya lebih muda dari usia sebenarnya. 

Menerusi posting Twitter anaknya, Maria Ishak, 20, dipaparkan foto hari pernikahannya di mana dia dan suami bergambar bersama ibunya. 

Perkongsian itu tular di media sosial apabila rata-rata warganet memuji kecantikan ibunya meskipun sudah berusia 48 tahun. 

Perkongsian Maria Ishak di laman sosial Twitter.

"Cantiknya your mom, macam anak dara.

"Mak ke akak tu Ya Allah cantiknya," komen beberapa netizen di Twitter.

Berkongsi dengan mStar, ibu kepada Maria iaitu Syakiella Hashim mendedahkan rahsia kejelitaannya walaupun umurnya hampir mencecah 50 tahun. 

Syakiella memberitahu dia telah mengamalkan pengambilan jamu termasuk minum air akar kayu sejak usianya 18 tahun. 

Selain itu, dia turut menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat sertan membiasakan diri untuk minum air kosong. 

Sebenarnya, saya banyak mengamalkan makan makanan dari bahan semulajadi seperti mengamalkan minum air akar kayu dan jamu. Sejak umur 18 tahun lagi saya dah amalkan. 

SYAKIELLA HASHIM

IBU KEPADA ENAM ORANG ANAK

"Nak turunkan kat anak-anak, mereka tak suka sebab pahit katanya. Selain itu, instead  ambik produk kecantikan yang instant, saya lebih gemar ambil yang semula jadi sebab lebih selamat. 

"Memang sekarang banyak orang jual product instant, tapi bahaya sebab kita tak tau kalau ada bahan kimia kan? 

"Daripada segi pemakanan, saya tak makan makanan berminyak. Saya lebih suka ulam-ulaman dan makanan yang dipanggang. Yang penting pengambilan air putih tu kena cukup. Tak boleh kurang atau lebih," katanya ketika dihubungi mStar. 

Tambah Syakiella, dia sangat menitikberatkan anak-anaknya supaya menjaga keremajaan kulit dan mengamalkan pemakanan sihat supaya kekal cantik dan awet muda. 

Disebabkan faktor tersebut, anak-anak perempuannya berpeluang terlibat dalam pengiklanan di televisyen. 

Syakiella dan ahli keluarganya pada hari perayaan tempoh lalu.

"Macam anak-anak perempuan saya pun, saya pantau apa yang mereka makan. Malah, saya tak galakkan mereka pakai produk-produk yang mempunyai chemical

"Kedua-dua anak perempuan saya galakkan untuk mereka cari duit sendiri dengan kerja sambilan sejak usia muda. Jadi, sampai sekarang mereka join TV Commercial macam iklan shampoo  ke, iklan penjagaan kulit wajah ke?" ujarnya. 

Dek kerana penampilannya yang kelihatan mura, kata Syakiella, dia pernah difitnah mempunyai lelaki simpanan ketika keluar ke pusat beli-belah bersama anak lelaki sulungnya. 

"Ada satu hari tu, kami jalan bersama di shopping mall . Mungkin sebab badan dia sasa, so orang ingat tu anak ikan saya, sedangkan itu anak lelaki saya, umurnya 27 tahun," tambahnya.

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p
ibu, anak dara

Artikel Berkaitan

Artikel Lain