suria

Awas! Jangan biasakan letak di bibir, tersedak pin tudung boleh cederakan paru-paru - “Perlu segera bedah secara bius penuh”

Keadaan pin yang berjaya dikeluarkan daripada badan mangsa.

SUDAH menjadi kebiasaan wanita akan memegang pin tudung menggunakan mulut atau bibir ketika dalam proses menggayakan hijab.

Namun tahukah anda tindakan itu amat berbahaya kerana pin tersebut boleh terlepas masuk ke dalam mulut.

Lebih mengerikan, pin berkenaan boleh mencederakan paru-paru.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi 9 bulan tertelan kerongsang dikejarkan ke hospital

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 2 minggu hisap vape, doktor kesan lelaki ditahan sebab denggi ada satu lagi penyakit - “Saya perlu dibedah, paru-paru divakum”

Menerusi posting Pakar Perunding Perubatan & Paru-Paru (Respiratori), Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa di Facebooknya, dia berkongsi kes menimpa seorang wanita yang tertelan pin tudung pada Rabu.

Imbasan keadaan paru-paru mangsa.

"Pesakit wanita itu bernasib baik kerana pin tudung tersebut telah berjaya dikeluarkan dengan selamatnya.

"Syabas dan tahniah kepada team doktor pakar paru-paru (respiratori) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKMMC) atas kejayaan ini," tulisnya.

Jelas Dr  Nurul Yaqeen lagi, sekiranya kemalangan itu berlaku pembedahan segera terpaksa dilakukan.

Kes-kes seperti ini telah banyak berlaku sebelum ini. Antara simtom tersedak pin tudung adalah batuk berterusan, batuk berdarah, sakit dada dan susah nafas.

DR NURUL YAQEEN MOHD ESA.

Pakar Perundingan Perubatan & Paru-Paru (Respiratori)

"Pembedahan dengan secara bius penuh terpaksa dilakukan menggunakan rigid bronchoscopy (kamera untuk melihat ke dalam paru-paru)," katanya.


Pasukan perubatan yang menjalankan pembedahan tersebut.

Pada masa sama, beliau menyarankan agar pin itu diletakkan di tangan baju atau tempat lain yang sesuai ketika mengayakan hijab.

"Kes-kes seperti ini telah banyak berlaku sebelum ini. Antara simptom tersedak pin tudung adalah batuk berterusan, batuk berdarah, sakit dada dan susah nafas.

"Segeralah berjumpa doktor pakar paru-paru jika anda tersedak pin tudung," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
pin tudung, paru-paru, tersedak pin

Artikel Lain