Bayi 9 bulan tertelan kerongsang dikejarkan ke hospital - Semasa | mStar

Bayi 9 bulan tertelan kerongsang dikejarkan ke hospital

FOTO: Sinar Harian

SEORANG bayi berusia sembilan bulan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu kerana tertelan kerongsang dalam kejadian di Ajil, Hulu Terengganu, kira-kira pukul 9.30 malam Selasa.

Bayi berkenaan, Nur Qhaulah Ramadhani kini sedang menjalani rawatan di wad kanak-kanak HSNZ.

Ibu mangsa, Noor Amira Shyuhada Mohd Noh, 33, berkata, ketika kejadian, bayi itu berada di atas riba anak sulungnya, Nur Damia Darwisya, 11.

"Masa tu saya tengah memandu jadi tak perasan apa yang dia tengah buat. Tambah pula suasana gelap.

"Kebetulan kerongsang tu berada di celah pintu, bahagian penumpang di dalam kereta.

"Tak tahu macam mana dia boleh capai kerongsang itu dan masukkan ke dalam mulut," katanya. - Sinar Harian.

Artikel Lain