suria

“Muka je elok, murid tak faham tak guna juga” - Cikgu kacak terkejut murid 'frust' kelas dah habis, tak suka buat kerja sendiri

Cikgu Daniel menjadi perhatian netizen gara-gara gambarnya mengajar hari pertama di sekolah menjadi tular.

JIKA tahun lalu tular kisah 'Sir Uzairi' cikgu Matematik sporting, kali ini nama Cikgu Daniel heboh diperkatakan di media sosial.

Semuanya gara-gara gambar dengan kapsyen 'Day 1 as English Teacher in school went well. Alhamdulillah' yang dimuat naik guru muda itu di Twitternya pada Isnin lalu.

Gambar guru subjek bahasa Inggeris itu yang berkemeja lengan panjang putih dengan tali leher merah sambil memegang buku membuat ramai gadis tidak keruan dan tertanya-tanya siapakah gerangan empunya diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar terhibur tengok cikgu 'handsome' berpeluh ajar Matematik

ARTIKEL BERKAITAN: Sir Uzairi, guru Matematik glamor impi buka stesen TV

Perkongsian Cikgu Daniel atau nama sebenarnya Muhammad Fildza Daniel Mohd Nasir, 21, itu di Twitternya mendapat 3,700 ulang kicau dan 16,100 tanda suka.

Posting Cikgu Daniel menjadi tular di Twitter.

Muhammad Fildza Daniel ketika dihubungi mStar memberitahu dia sebenarnya sedang menjalani latihan praktikum di sebuah sekolah rendah di Setia Alam sejak Isnin lalu.

"Saya ambil kursus Diploma TESL dan buat praktikum selama tiga bulan di SK Setia Alam. Sebenarnya saya praktikal satu sekolah dengan classmate saya.

"Dialah yang ambil gambar saya. Kami tak plan nak tangkap gambar pun. Memandangkan dah alang-alang nak balik jadi kami pun tangkap je. Lepas tu saya post dekat Twitter untuk suka-suka.

"Saya memang selalu upload gambar dekat Twitter. Selalunya orang akan komen tapi kali ni saya tak sangka jadi viral. Saya sendiri pun tak tahu kenapa," kata penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Selangor itu.

Ditanya mengenai komen-komen nakal gadis di postingnya, anak bongsu daripada tiga beradik itu menganggap ia sekadar gurauan.

"Bagi saya perkara tu normal.  Sebelum ini saya pernah dapat komen macam-macam dekat Twitter setiap kali saya upload gambar. Bagi saya komen tu sekadar gurauan. Saya tak ambil serius.

Daniel menjalani latihan praktikum selama tiga bulan di SK Setia Alam.

"Saya juga terharu apabila ada yang kata mereka macam nak pergi sekolah semula. Kalau saya pun secara peribadi kalau cikgu tu nampak menarik saya pun jadi semangat nak belajar.

"Tapi ia bergantung juga. Kalau cikgu muka je elok tapi murid tak faham pun tak guna juga. Apa saya boleh kata gambar tu lebih kepada first impression untuk orang ramai," katanya.

Bercerita mengenai hari pertamanya mengajar, pemuda yang dilahirkan di Juru, Bukit Mertajam Pulau Pinang itu terkejut dengan penerimaan positif murid-murid di sekolah tersebut.

Saya belum berpunya... lambat lagi nak ke arah tu. Tapi kalau anda tanya ciri-ciri wanita idaman saya, saya suka tengok gadis pakai shawl messy style. Dia juga kena bijak luaran dan dalaman.

MUHAMMAD FILDZA DANIEL MOHD NASIR

Cikgu praktikum

"Saya mengajar murid darjah empat. Hari pertama masuk kelas semua murid excited sebab dapat cikgu baharu. Tapi bila saya nak keluar kelas nampaklah mereka sedih. Mereka kata ala dah habis ke... mereka nak belajar lagi. Saya cakap tak pe jumpa next class pula.

"Lepas tu saya ada ganti satu kelas murid darjah lima. Saya beritahu mereka semua boleh buat kerja sendiri. Dalam lima minit kemudian mereka macam tengok-tengok saya. Saya peliklah. Saya tanya mereka nak belajar ke nak buat kerja sendiri. Mereka minta saya ajar.

Daniel mengikuti kursus Diploma TESL di sebuah IPTS di Selangor.

"Saya terkejut jugalah sebab kalau zaman saya sekolah dulu-dulu saya happy bila cikgu ganti datang dan suruh buat kerja sendiri. Tapi saya tak tahu pula mereka semangat nak belajar sebab apa. Mungkin sebab saya cikgu baharu, jadi mereka bersemangatlah sikit," katanya.

Pada masa sama, Daniel juga berkata dia tidak menduga turut dikenali murid-murid lain sebaik sahaja gambarnya tular di media sosial.

"Kebetulan saya lalu dekat makmal komputer waktu tu murid-murid baru keluar kelas nak pakai kasut, tiba-tiba mereka menjerit. Cikgu Daniel... Cikgu Daniel... kami nak tangkap gambar dengan cikgu.

"Saya dengar mereka cakap antara satu sama lain... cikgu tu yang viral tu kan. Dalam hati ya Allah ya Tuhanku, sabarlah budak-budak ni. Saya pun berlalu pergi sebab tengah rushing nak pergi kelas saya mengajar," katanya.

Di sebalik reaksi positif itu, Daniel turut kecewa dengan komen negatif segelintir individu terutamanya di Facebook.

"Ada yang komen cikgu ni boleh kerja ke? Cikgu ni nampak muda je. Lebih banyak komen negatif di Facebook berbanding Twitter.

Daniel (kanan) bersama abang dan kakaknya.

"Ibu saya jenis main Facebook. Dia terkejut bila tengok saya viral. Tapi bila dia ternampak komen negatif dia kecewa, terus tak nak baca dah," katanya.

Mengulas mengenai statusnya ketika ini, Daniel dalam nada berseloroh memberitahu dia masih solo.

"Saya belum berpunya... lambat lagi nak ke arah tu. Tapi kalau anda tanya ciri-ciri wanita idaman saya, saya suka tengok gadis pakai shawl messy style. Dia juga kena bijak luaran dan dalaman.

"Memandangkan tinggi saya 176 sentimeter, jadi dia tak boleh tinggi daripada saya. Tapi sejujurnya saya tak ada ideal type. Saya jenis kalau saya dah suka saya terima saja.

"Lagipun saya seorang yang simple. Saya kalau makan nasi dengan telur goreng pun dah happy. Saya jenis tak cerewet bab makanan," katanya yang turut meminati gadis berkulit putih.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Cikgu Daniel, cikgu BI, kacak

Artikel Lain