suria

Pakcik umur 52 tahun melaram streetwear harga RM10,000... mula-mula gelak, lepas tu rasa segak! - “Selama hidup, tak pernah ayah pakai macam tu”

Foto transformasi bapa kepada lima cahaya mata ini menjadi tular di media sosial.

TRANSFORMASI luar biasa seorang bapa yang sudah mempunyai lima cahaya mata ternyata mengundang perhatian ramai, khususnya di Twitter.

Dari baju Melayu berwarna hijau, Khairul Anuar Anas, 52, kelihatan cukup berbeza dalam persalinan street wear yang digayakan sendiri oleh anaknya, Muhammad Ashraf.

Menurut jejaka berusia 20 tahun itu, transformasi yang dilakukan itu merupakan sebahagian kandungan yang dimuatkan di saluran YouTube miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Diejek macam gajah, transformasi diri buat jejaka ini lebih yakin, “Dulu ada yang menjauh, sekarang nak dekat”

ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat siswa ini nak kongsi transformasi kulit wajah, tapi kening dapat perhatian - “Bukan nak jadi second MK K-Clique”

"Kami shoot sehari pada 26 Jun lalu. Video transformasi itu ada dikongsi di YouTube saya. Saya pun baru tiga bulan berjinak-jinak sebagai YouTuber.

"Selain itu, saya memang berniaga street wear dari Jepun, jadi saya cuba tembusi pasaran menerusi YouTube pula," ujarnya kepada mStar.

Bercerita lebih lanjut mengenai proses transformasi itu, Ashraf mengakui tidak sukar untuk memujuk bapanya yang juga seorang pengurus pengangkutan di sebuah syarikat logistik.

Selain Twitter, Ashraf turut berkongsi video transformasi itu menerusi YouTube.

Malah, bapanya juga sanggup digayakan dengan persalinan yang sinonim dengan anak muda sebagai salah satu cara menyokong perniagaan Ashraf yang sudah dimulakan sejak hujung tahun 2017.

"Saya dapat idea ni selepas tengok satu video dari luar negara. Jadi saya terfikir, teringin nak tengok ayah pakai macam tu.

"Walaupun ayah sibuk dengan kerjanya, dia sanggup terima pelawaan dan 'layan' shooting selama satu hari.

Selama saya hidup, tak pernah nampak ayah pakai macam tu.

MUHAMMAD ASHRAF KHAIRUL ANUAR

"Kami shoot dari 10 pagi sehingga 6 petang, tiga persalinan ayah pakai hari tu berharga RM10,000.

"Mula-mula dia tengok pakaian tu, dia ketawa. Macam tak percaya. Ayah kata dia nampak smart juga," imbas Ashraf dalam nada berseloroh.

Tambah Ashraf, dia juga kagum memandangkan itu merupakan kali pertama sepanjang hidup dia melihat bapanya dalam persalinan sedemikian.

Dua daripada tiga persalinan yang digayakan bapanya.

Menjadi tular setelah dikongsi di Twitter, Ashraf mengaku terharu dengan sokongan yang diberikan orang ramai.

"Selama saya hidup, tak pernah nampak ayah pakai macam tu... memang lain.

"Saya pun tak sangka dengan penerimaan orang ramai di Twitter, rata-ratanya positif. Terima kasih kerana menyokong saya dan ayah," katanya lagi.

Ashraf akui sukar percaya tatkala melihat transformasi bapanya.

Dalam pada itu, Ashraf berkata dia terdetik memulakan perniagaan street wear kerana dia sendiri merupakan peminat fesyen itu.

Malah, dia juga mahu memperjuangkan pembelian barangan tulen dan mahu mengajak orang ramai supaya terus menyokong perniagaan anak tempatan sepertinya.

Sehingga kini, posting Ashraf di Twitter menerima lebih 7,000 ulang kicau (Retweet) manakala video itu di laman YouTube sudah mencecah lebih 30,000 tontonan sejak dimuat naik pada Ahad lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain