Dah boleh agak, wanita pasrah kena panjat bakul untuk imbas suhu badan – “Punyalah saya jengket, lompat tapi tak berjaya”

Awin berkongsi video dia terpaksa berdiri di atas bakul ketika mengimbas suhu badan, di mana ia kemudiannya menjadi tular di Twitter.

WANITA yang mempunyai tubuh badan genit sememangnya kelihatan comel.

Malah dek kerana saiz tubuh yang comel itu, mereka sering disalah anggap kerana kelihatan seperti pelajar sekolah.

Baru-baru ini seorang wanita menjadi perhatian netizen selepas videonya yang terpaksa berdiri di atas bakul ketika menjalani pemeriksaan suhu badan di mesin pengimbas di sebuah pasaraya, menjadi tular di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas, abang polis 'terlajak' tinggi! Sekali kenal, sukar hilang dari mata “Pandang-pandang macam saya ni pelik sangat...”

ARTIKEL BERKAITAN: Tengok adik-beradik slim, gadis ini nekad nak kurus... hasilnya melayang 40kg!– “Jauhkan diri daripada mereka yang toksik”

"Punya la pendek sampaikan temperature machine tu tak detect aku pas tu guard tu pass basket (bakul) suruh diri atas tu," demikian kapsyen pada perkongsian tersebut.

Video tersebut sehingga kini meraih 8,800 ulang kicau dan mendapat lebih 16,000 like selain dibanjiri dengan komen lucu netizen.



Awin (kiri) memiliki tubuh yang genit berbanding rakan-rakannya yang lain.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, gadis yang hanya mahu dikenali dengan nama Awin itu berkata, insiden lucu itu berlaku ketika dia bersama tiga rakan yang lain mengunjungi sebuah pasaraya di Cyberjaya, baru-baru ini.

"Ini pertama saya masuk ke premis yang menggunakan mesin pengimbas seperti itu. Sebelum ini pergi ke mana-mana premis, mereka hanya gunakan alat pengimbas suhu yang biasa seperti 'tembak' di dahi saja.

"Masa beratur tunggu giliran nak imbas suhu tu, dah boleh agak tinggi saya tak lepas. Bila sampai giliran, punyalah saya jengket dan lompat sedikit tapi tak berjaya.



Awin amat teliti soal penampilan agar ia berpadanan dengan usia dan ketinggiannya.

"Kemudian pengawal tu berikan bakul untuk saya berdiri supaya mesin tu boleh imbas suhu badan saya. Memang kelakar sebab tiga rakan saya tu lepas, hanya saya saja tak lepas," ujar wanita berusia 21 tahun ini.

Mengakui berasa malu ketika itu, Awin berkata dia dengan pantas berlalu masuk ke dalam pasaraya sebaik sahaja mesin tersebut berjaya mengimbas suhu badannya.

Saya sahaja yang rendah dalam kalangan kawan-kawan. Mungkin sebab keluarga saya pun daripada genetik yang rendah.

AWIN

"Saya saja muat naik di Twitter kerana merasakan insiden tersebut sangat lucu. Tapi tak sangka viral dan dalam pada itu, ada yang komen mereka juga alami perkara sama," ujarnya.

Menurut Awin yang berasal dari Melaka itu, dia memang mempunyai ketinggian yang agak rendah iaitu 143 sentimeter sahaja.



Awin yang memiliki ketinggian 143cm pernah berasa kurang yakin sebelum ini, namun dia cuba mengatasi perasaan itu dengan mencuba beberapa tip.

"Saya sahaja yang rendah dalam kalangan kawan-kawan. Mungkin sebab keluarga saya pun daripada genetik yang rendah," katanya.

Wanita yang bekerja di sebuah syarikat pelancongan di Putrajaya ini juga menambah, dia turut menerima mesej menerusi Direct Message (DM) daripada gadis-gadis selepas perkongsian itu tular.



Antara komen netizen yang terhibur dengan perkongsian Awin.

"Ada yang tanya macam mana nak lebih yakin sebab mereka juga bersaiz genit. Jujurnya, saya juga dulu ada perasaan tak yakin dan insecure.

"Tapi tip yang boleh saya kongsi, kita kena pandai suai padan pakaian, solekan dan aksesori supaya nampak sedikit tinggi dan kena dengan usia kita," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

genit, mesin pengimbas, bakul, pasaraya, suhu

Artikel Berkaitan

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain