suria

Anak sebak, tak sangka air mata bapanya tumpah kali kedua ketika bertugas dalam tempoh PKP - “Bila dengar suara dia, memang koyak jugalah...”

Abd Halim merupakan Ketua Polis Balai Kuala Kurau, Perak.

"ASSALAMUALAIKUM semua anak-anak abah. Terima kasih ucapan hari jadi. Abah rindu semua anak abah tapi apakan daya kita jadi macam ni. Jaga diri baik-baik semua. Insya-Allah kita semua akan jumpa. Terima kasih banyak-banyak. Abah sayang semua."

Demikian kata seorang bapa dalam nada penuh sebak selepas menerima pesanan mesej hari lahir ke-56 daripada anak-anaknya menerusi mesej grup famili mereka di aplikasi WhatsApp.

Pesanan suara lelaki itu yang juga salah seorang frontliner yang bertugas semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikongsi anaknya di Twitter sehingga menjadi tular.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa mandi di luar rumah jam 2 pagi, ibu makin kurus... paling sedih adik sampai mengigau - “Ayah marah Auni ke?”

ARTIKEL BERKAITAN:“Hari ni pesakit depan dia meninggal, esok pagi orang katil sebelah pula” - Anak kongsi kisah bapa di wad ‘tiada harapan hidup’ selepas dijangkiti wabak

Perkongsian Mohamad Hazim mendapat 11,300 ulang kicau dan 15,100 tanda suka di platform media sosial itu.

Rata-rata netizen turut meluahkan sebak mendengar mendengar pesanan suara tersebut.

Hazim mendedahkan keluarganya sudah lama tidak bertemu bapa mereka.

Menurut Mohamad Hazim, bapanya Sarjan Mejar Abd Halim Abd Rashid yang juga Ketua Polis Balai Kuala Kurau, Perak sebak kerana tidak dapat balik meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-56 bersama keluarga di Balik Pulau, Pulau Pinang.

"Ayah saya polis. Dia memang bertugas sejak awal PKP (18 Mac lalu). Kiranya dia memang lama dah tak jumpa kami. Dengan mak pun dah sebulan tak jumpa.

Bila dengar suara dia, masa tu saya duduk depan laptop. Memang 'koyak' jugalah. Saya pun nangis sekali.

MOHAMAD HAZIM ABD HALIM

ANAK

"Kebetulan 17 April lalu birthday dia. Jadi kami pun wish dalam grup famili. Mungkin dia sebak bila baca mesej kami sebab ni kali pertama tak celebrate sekali dan lama tak bertemu," katanya kepada mStar.

Jelas pemuda berusia 22 tahun itu, dia tidak menduga air mata bapanya gugur selepas menerima pesanan hari lahir daripada mereka empat beradik.

"Sejujurnya ni first time saya dengar dia menangis. Sebelum ni tak ada pun. Pernah nampak dia menangis tapi dah lama masa arwah atok dan nenek meninggal dulu.

Hazim (kanan) bersama ayah dan dua abangnya.

"Bila dengar suara dia, masa tu saya duduk depan laptop. Memang 'koyak' jugalah. Saya pun nangis sekali.

"Lepas tu saya terus video call dia. Terubat sikit rindu sebab saya pun dah empat bulan tak jumpa dia," katanya.

Kebiasaannya, Mohamad Hazim atau lebih mesra disapa Hazim berkata ibunya akan berulang alik ke Kuala Kurau dari rumah mereka di Balik Pulau setiap hujung minggu.

"Ayah duduk rumah sewa dekat Kuala Kurau. Jadi mak every week akan pergi sana dari rumah. Perjalanan dalam sejam lebih jugalah.

"Tapi kali ni  mak tak dapat jumpa ayah dan celebrate sama-sama sebab PKP. Lagipun kami adik-beradik masing-masing duduk jauh.

"Abang saya seorang tinggal di Langkawi, kakak pula dekat Kelantan. Insya-Allah selepas PKP tamat kami ada plan nak balik kampung dan celebrate birthday ayah," katanya.

Abd Halim sudah berkhidmat selama 40 tahun bersama Polis Diraja Malaysia.

Hazim yang juga seorang jurugambar berkata dia berkongsi pesanan suara itu kerana mahu orang ramai menghormati tugas frontliner dengan mematuhi arahan PKP.

"Niat saya supaya orang ramai patuh arahan PKP. Duduklah di rumah dan hormati tugas frontliner yang terpaksa berkorban untuk memastikan wabak Covid-19 ini tidak lagi menular di negara kita.

"Kasihani dan bantulah mereka. Tindakan kita akan menentukan sama ada kita berjaya memerangi wabak ini," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain