Suami hadiah duit bonus, scammer senang-senang nak kebas... Suri rumah kongsi bagaimana ‘password’ selamatkan dirinya daripada gigit jari

Sue hampir kehilangan RM1,000 selepas menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali, baru-baru ini. Gambar sekadar hiasan.

SEJAK kebelakangan ini, banyak kes penipuan atau scam yang dilaporkan sama ada di media arus perdana mahupun media sosial.

Majoriti kes scam menggunakan modus operandi yang sama, iaitu menerusi panggilan telefon kepada mangsa yang disasarkan.

Disebabkan itu, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati ketika menjawab panggilan telefon terutama daripada nombor yang tidak dikenali, sebagaimana pengalaman yang dikongsikan oleh seorang wanita ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya pernah lihat dia pandu kereta” - Siang makcik jual tisu di Tesco, berlakon jadi orang susah... malam pergi karaoke!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kena scam dengan budak lelaki di KLCC, duit RM67 ‘hangus’ – “Dia cakap anak tunggal, mak ayah dah bercerai”

Menerusi satu posting di Facebook, wanita yang bernama Ohh Sue ini berkongsi kisah dirinya yang hampir kehilangan RM1,000 gara-gara menjawab panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.

Menurut wanita ini, dia menerima panggilan daripada nombor 'asing' pada tengah hari Ahad lepas.

Perkongsian wanita bernama Sue yang hampir menjadi mangsa scam.

“Tengah hari Ahad, si scammer ni telefon aku masa aku dengan suami aku sedang makan nasi jadi aku minta Apis (suami) yang angkat. Dia (pemanggil) cakap pasal nama apa entah kemudian Apis beritahu salah nombor.

“Kemudian dia (pemanggil) bercakap pasal beli barang dari Lazada… disebabkan selalu baca hal scammer ni, suami aku cakap penipu dan terus letak telefon,” tulisnya dalam posting tersebut.

Menurut wanita tersebut, pemanggil tidak berputus asa dan membuat panggilan video pula, namun dia dan suami mengabaikannya.

Jumlah RM100 (hilang) pun separuh mati… lagi pula RM1,000. Terlalu besar nilai itu untuk surirumah seperti aku.

SUE

MANGSA SCAM

Sehinggalah pada waktu malam ketika mereka suami isteri keluar kerana mahu membeli lampin pakai buang untuk anak, akaun dalam talian (online) Maybank2U miliknya telah 'dikunci' sewaktu mahu melakukan transaksi pemindahan wang.

“Masa ni dah cuak dan ajak Apis pergi bank terus. Sampai sana, dua mesin aku masukkan kad kena tendang. Aku dah menggigil-gigil sebab boleh agak duit dah lesap.

“Kami pergi balai polis, tapi (mereka) minta buat panggilan kepada customer service dahulu, jadi memang betul duit aku dah kena kebas,” tulisnya sambil menambah, wang berjumlah RM1,000 dalam akaun bank tersebut adalah hadiah suaminya selepas mendapat bonus.

Dalam pada itu, wanita tersebut berkata dia sedikit lega kerana wang simpanan yang lain sudah diasingkan dan dimasukkan ke dalam akaun Tabung Haji.

Sue memuat naik tangkap layar (screenshot) daftar panggilan telefon yang dihubungi scammer pada Ahad lalu dan paparan aplikasi Maybank2U yang 'dikunci'.

“Kalau tidak, lagi aku pitam depan polis tu… tak sempat aku belanja duit suami beri, dah hilang. Geram betul.

“Tapi nasib duit tu scammer tak dapat lagi, bank cakap. Tapi orang tu dah tahu segala username aku dekat Maybank2U. Jadi esok (Isnin) kena pergi Maybank untuk tukar semuanya termasuk Maybank2U dan kad.

“Jumlah RM100 (hilang) pun separuh mati… lagi pula RM1,000. Terlalu besar nilai itu untuk surirumah seperti aku,” tulisnya lagi.

Tambah wanita tersebut lagi, keesokan harinya, dia pergi ke bank untuk menyelesaikan urusan berkaitan perkara tersebut dan dia bernasib baik kerana berjaya mendapatkan semula wang berjumlah RM1,000 itu.

Sue mengakui insiden tersebut membuatkannya trauma untuk mengangkat panggilan telefon. 

“Alhamdulillah, duit dah dapat balik. Pegawai tu cakap memang scammer ni pakar sebab dengan panggilan menggunakan WhatsApp saja dia boleh buka Maybank2U dan berusaha nak keluarkan duit.

“Tapi bank dapat kesan yang nak keluarkan duit ni bukan Su tapi scammer, sebab pegawai tu cakap Su guna password yang agak payah scammer nak kesan… jadi bank cepat-cepat sekat semua Maybank2U dan kad Su,” katanya.

Menurut wanita tersebut, kejadian itu sedikit sebanyak membuatkannya trauma untuk mengangkat panggilan yang diterima.

Sehingga kini posting tersebut meraih 10,000 share dan 2,400 komen.

scam, scammer, bonus, polis, pengsan, surirumah, bank

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain