suria

‘Sumpah’ buat blok asrama bergema, sampai Naim Daniel terpanggil nak datang buat show... tapi ada netizen kata “tak payahlah”

Kemeriahan sekumpulan pelajar lelaki menyanyikan lagu Sumpah di dua blok asrama sekolah sehingga mendapat perhatian daripada penyanyi itu, Naim Daniel. Foto Twitter @apizz0_

LAGU Sumpah nyanyian Naim Daniel semakin hangat diperkatakan sejak meraih kemenangan pada Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34), baru-baru ini.

Bukan sahaja menepati ramalan ramai, selepas dijulang sebagai juara, lagu ciptaan Naim Daniel dan Omar K itu turut menggegarkan dua blok asrama lelaki di sebuah sekolah.

Menerusi sebuah video berdurasi 15 saat, seorang remaja lelaki dilihat menggunakan mikrofon menyanyikan lagu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Tepati ramalan Sumpah (Naim Daniel) juara AJL34

ARTIKEL BERKAITAN: Duet dengan Sarah Suhairi, selamba minta Caliph Buskers ‘D Minor’… pelajar ini sebenarnya bukan biasa-biasa, dapat peluang ke kejohanan dunia

ARTIKEL BERKAITAN: “Sebenarnya tak ‘over’ pun” - Pelajar UiTM perjelas kenapa beria sangat joget lagu Temberang, Ayda Jebat kata macam keropok lekor!

Turut kelihatan seorang penghuni lain yang membuat rakaman di koridor asrama.

Perkongsian video pelajar asrama menyanyikan lagu Sumpah.

Rakaman tersebut kemudian beralih kepada sebuah blok empat tingkat yang bertentangan, yang mana nyanyian remaja lelaki berkenaan sedang disaksikan oleh sekumpulan pelajar di tingkat tiga dan empat.

“Apa majlis ni gais, beramai-ramai ni haa,” tulis seorang remaja yang membuat perkongsian video itu menerusi laman Twitter @apizz0_.

Dalam video itu, kedengaran lagu Sumpah dinyanyikan secara beramai-ramai oleh pelajar lain, selain ada antara mereka melambaikan tangan dan membuat rakaman.

Lagu Sumpah dinyanyikan secara beramai-ramai.

Selepas tular, video tersebut turut meraih perhatian penyanyi itu sendiri yang membuat perkongsian di laman Twitter miliknya.

“Aku rasa nak buat show di sekolah ni,” tulisnya menerusi posting di laman Twitter @naimdanielx yang diulang kicau lebih 5,800 kali dan meraih lebih 17,000 tanda suka (like).

Difahamkan, video tersebut dirakamkan di blok asrama Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan (KVTAA) di Bentong, Pahang.

Naim Daniel menyuarakan hasrat untuk mengadakan persembahan di sekolah berkenaan.

Rata-rata netizen bersetuju dengan hasrat yang disuarakan Naim, sebagai kejutan kepada pelajar-pelajar berkenaan di atas kesungguhan mereka menyanyikan lagu itu.

“Setuju, wahai adik-adikku haha,” komen seorang netizen.

Buat dekat blok tu juga, biar penonton tengok dari blok sebelah.

NETIZEN

Malah, ada yang mencadangkan supaya  Naim membuat persembahan di blok yang sama, sambil disaksikan penonton dari blok bertentangan.

“Buat dekat blok tu juga, biar penonton tengok dari blok sebelah,” tulis seorang pemuda.

Sebahagian komen netizen yang bersetuju, juga membantah rancangan Naim.

Selain membuat persembahan, ada juga yang mencadangkan agar penyanyi muda itu memberikan nasihat kepada para pelajar.

“Lepas tu bagi nasihat suruh belajar bersungguh-sungguh,” ujar yang lain.

Pada masa sama, terdapat netizen yang membantah hasrat Naim untuk membuat persembahan di sekolah berkenaan.

“Tak payahlah. Mereka hanya buat (menyanyi) untuk tribute (penghormatan) kamu. Takkan setiap tribute nak kena buat show,” komen seorang netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain