suria

“Sebenarnya tak ‘over’ pun” - Pelajar UiTM perjelas kenapa beria sangat joget lagu Temberang, Ayda Jebat kata macam keropok lekor!

Aksi lincah Ahmad Adam berzumba dengan lagu Temberang nyanyian Ayda Jebat di UiTM Dungun, Terengganu.

“ADUH aduh aduh aduh aduh abang. Aduh aduh aduh aduh jangan. Aduh aduh engkau temberang,” lagu Temberang nyanyian Ayda Jebat meriuhkan suasana di Stadium Gemilang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Dungun, Terengganu.

Bagaimanapun, aksi lincah seorang pelajar lelaki dengan tarian geleknya mengikut rentak irama pop bercampur dangdut mencuri tumpuan di tengah padang.

“Habis semua belah depan tengok belakang. Hahaha, last last dia seorang je senamrobik,” tulis seorang netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Macam Blackpink! Viral pelajar comel buat 'show' eksklusif di sekolah, "Saya hanya berlatih 2 jam"

ARTIKEL BERKAITAN: Duet dengan Sarah Suhairi, selamba minta Caliph Buskers ‘D Minor’… pelajar ini sebenarnya bukan biasa-biasa, dapat peluang ke kejohanan dunia

“Makin orang sorak makin galak dia tumbuk pinggang,” kata netizen.

Sebahagian pelajar di padang di Stadium Gemilang di UiTM Dungun.

“Terus semua pelajar perempuan give up nak menari nampak budak laki ni lagi power,” komen netizen.

“Sangat terhibur dengan aksi adik ni. Havoc, meletop dik,” kata seorang lagi.

“Yang lain tu kenapa malas sangat nak senamrobik? Nak kena sesah agaknya dia orang ni,” soal seorang netizen apabila melihat ramai pelajar lelaki tidak turut menari zumba.

Pelajar lelaki tersebut, Ahmad Adam Faqeh berkata, dia menari lagu Ayda Jebat itu semasa sesi senaman zumba sempena Minggu Interim UiTM iaitu minggu pengenalan bagi pelajar diploma baharu, pada Sabtu lalu.

Ahmad Adam merupakan peminat Ayda Jebat.

Baru berusia 18 tahun, dia memberitahu sesi senaman tersebut pada mulanya merupakan aktiviti permulaan sebelum sesi kawad kaki badan beruniform Kesatria membabitkan kira-kira 1,500 pelajar.

“Sepatutnya sesi zumba lebih kurang setengah jam saja. Tapi kemudian kami diberitahu bahawa sesi kawad kaki terpaksa dibatalkan. 

Berdebar rasa bila dapat tahu Ayda Jebat turut kongsi video saya menari. Kepada kak Ayda Jebat, pinggang saya OK saja, gelek lagu akak memang kena macam tu

AHMAD ADAM

“Jadi, jurulatih melanjutkan tempoh senaman. Lagu Ayda Jebat tu antara yang terakhir. Masa tu dah kira-kira sejam senaman zumba. 

“Ramai dah penat, sebab tu dalam video ramai pelajar lelaki di belakang duduk berehat di padang, bukannya kerana mereka malas,” katanya kepada mStar.

Ahmad Adam (dua, kiri) bersama rakan-rakan baharu sempena Minggu Interim UiTM.

Ahmad Adam yang berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu memberitahu dia sebelum itu turut berehat seketika sebelum menyambung senaman zumba.

“Walaupun tak penat, tapi saya ambil masa sekejap kira-kira tiga minit. Lepas tu lagu Tembarang Ayda Jebat tu dimainkan, buat saya bertambah semangat.

“Sebenarnya saya tak ‘over’ pun. Yang kat depan tu menari ikut gaya yang sama. Cuma bila saya seorang yang menari bersemangat kat belakang dan lain-lain tengah berehat sebab penat, tu yang nampak saya seorang saja beria-ria,” ujar anak ketiga daripada empat beradik itu.

Belum berkesempatan bertemu dengan Ayda Jebat, Ahmad Adam menjadikan wajah selebriti itu sebagai penyeri wallpaper telefon bimbit dan aplikasi WhatsApp.

Video yang tular itu turut dimuat naik di laman sosial Instagram Ayda Jebat yang menyukai aksi Ahmad Adam menari mengikut rentak muzik lagunya.

“Dapat banyak DM dan video viral ni! Thank you UiTM Dungun! Yang ni kalau saya pergi Ganu confirm jadi dancer saya. Nak babygirl datang tak? Get ready adik! Perform solo ek you berani bethooool! Pinggang ok tak tu? Macam keropok lekor tranung hok aloh mung ni,” kata Ayda Jebat.

Ayda Jebat turut memuat naik video tarian Ahmad Adam di akaun Instagramnnya.

Mengakui dirinya merupakan peminat setia Ayda Jebat kerana wajah yang comel dan berbakat dalam bidang lakonan dan nyanyian, namun sehingga kini Ahmad Adam masih belum berkesempatan untuk bertemu dengan selebriti pujaannya itu.

“Berdebar rasa bila dapat tahu Ayda Jebat turut kongsi video saya menari. Kepada kak Ayda Jebat, pinggang saya OK saja, gelek lagu akak memang kena macam tu. Kelakar bila disamakan lembut gaya tarian tu macam keropok lekor, hahaha.

“Boleh je nak jadi dancer kak Ayda Jebat, sudi sangat-sangat. Teringin juga menari sama kalau dapat jumpa kak Ayda Jebat. Harap nanti dapat datang ke UiTM Dungun!,” ujarnya pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik itu. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
UiTM, Ayda Jebat, keropok lekor, Temberang

Artikel Lain