suria

Pernah lalui hidup susah... Bangroti akui ikhlas nak bersedekah, bukan strategi promo bisnes!

Hanya mahu dikenali sebagai 'Bangroti' lelaki ini ikhlas beri sumbangan.

MENJADI lumrah kita sebagai manusia, diberi tanggungjawab, perasaan serta akal fikiran yang sempurna dalam membina sebuah kehidupan yang baik.

Malah amalan bersedekah bukan sahaja membantu meringankan beban yang ditanggung oleh seseorang itu, namun turut mengajar serta mendidik hati agar lebih bersyukur.

ARTIKEL BERKAITAN: Jubah koyak masuk celah rim, didenda RM500 diploma kena tahan... Warga Twitter hulur sumbangan pun kena kecam

Tidak dinafikan bahawa amalan bersedekah ini merupakan antara pelaburan pahala terbesar bagi setiap manusia di akhirat kelak.

Posting yang dimuat naik oleh Bangroti.

Mana tidaknya, tular satu posting yang dimuat naik oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Bangroti di akaun Twitter miliknya dengan kapsyen, 'Assalamualaikum. Seperti biasa, kali ini aku mencari 3 orang sahaja yang tengah kering atau pelajar yang takda duit nak makan. Yang betul-betul memerlukan sila mesej aku nombor akaun dengan kadar segera. Tolong jangan bergurau, nak main-main hari lain. Semoga Allah merahmati kita semua'.

Posting tersebut dimuat naik oleh lelaki ini pada Jumaat ternyata mendapat perhatian ramai apabila meraih puluhan ulang kicau (retweet) dan lebih 100 tanda suka (likes).

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Bangroti berkata, niatnya hanya ingin memberi pertolongan kepada mereka yang kurang berkemampuan terutamanya pelajar.

"Saya tolong ni ikhlas bukan niat nak heboh-hebohkan. Lagipun saya selalu sangat nampak netizen-netizen mengeluh tak cukup duit nak makan, malah ada juga yang sampai minta sumbangan di Twitter. Jadi saya rasa tak salah pun kalau saya tolong mereka.

Bangroti Gadgets merupakan perniagaan yang diusahanya sejak setahun lalu.

"Tambah pula hari ni Jumaat, jadi pada hari yang baik ni saya fikirlah nak tolong yang tak mampu," katanya ketika dihubungi mStar.

Merupakan seorang juruteknik dalam membaiki telefon bimbit, dia berkata ini bukan kali pertama dia membuat sumbangan kepada warga Twitter.

"Tak semua orang tahu, sebenarnya sebelum ini saya pernah juga buat charity macam buat servis baiki telefon secara percuma untuk 3 orang macam tu lah. Cuma kali ini, saya terfikir nak bagi duit pula.

"Tapi itulah, kali ni saya hanya buat untuk 3 orang sahaja tapi memandangkan ada yang DM cakap tak cukup duit nak makan saya bukakan kepada 5 orang. Walaupun tak banyak tapi okay lah," kongsinya lagi.

Dengan kelebihan yang dimilikinya, lelaki ini turut membuka perniagaan sendiri dengan membuat servis membaiki telefon dari rumah ke rumah yang diusahakan sejak setahun lalu.

Bukti sumbangan ikhlas yang diberikan kepada individu yang memerlukan.

Malah anak kelahiran Shah Alam, Selangor ini turut menepis dakwaan sesetengah individu yang mengatakan, 'itu hanyalah antara taktik pemasaran yang digunakan untuk menaikkan perniagaannya'.

"Sebenarnya saya tak pernah terfikir pun macam tu. Tapi kalau orang kat luar sana fikir macam tu, kira rezeki juga lah. Tapi betul, saya memang tak berniat nak buat charity untuk marketing.

"Kebetulan ada rezeki lebih, apa salahnya kalau saya nak berkongsi dengan orang lain," luahnya tanpa memberitahu jumlah sumbangan yang diberikan.

Kongsi lelaki ini lagi, dia juga pernah melalui ujian dimana tidak cukup wang untuk makan serta perbelanjaan harian. Malah disebabkan itu jugalah dia membuat sumbangan ikhlas.

"Tipulah kalau tak pernah lalui, cuma itulah sakit teruk pun kita sendiri yang rasa, tak ada orang yang nak tolong. Dan itu yang membuatkan lagi saya rasa nak tolong orang lain," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
sumbangan, duit

Artikel Lain