suria

Rela jadi bahan viral... wanita ini kecewa terpaksa tanggung beban hutang bekas suami selepas 4 bulan menghilang - “Dia balik sebab ada agenda”

Nur memuat naik gambar bekas suami bersama 'kekasih barunya' di Facebook kerana kecewa gara-gara sikap lelaki itu ‘lari’ meninggalkan dirinya bersama bebanan hutang.

“NAMA saya sampai kena senarai hitam gara-gara sikap tidak bertanggungjawab dia,” demikian kata seorang wanita yang meluahkan rasa kecewa gara-gara sikap bekas suami yang ‘lari’ meninggalkan dirinya dengan bebanan hutang bertimbun.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Nur ketika berkongsi cerita dengan mStar berkata, dia mengambil keputusan untuk memviralkan gambar bekas suami kerana mahu menuntut keadilan di atas perbuatan lelaki itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor diserang bekas suami selepas perbicaraan mahkamah, dahi bapa berjahit - “Sampai mati saya takkan maafkan!” 

ARTIKEL BERKAITAN: Darah keluar banyak sebab salah pasang tiub, doktor kata ‘tak ada masalah’... balik rumah isteri nak pitam tengok suami terketar tahan sakit 

“Saya tiada pilihan melainkan viralkan di Facebook kerana dia dan ahli keluarganya sekat nombor telefon saya. 

“Tujuan saya hanya satu, nak menuntut keadilan ke atas apa yang dia lakukan. Saya mahu dia jalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak kecil kami yang berusia tiga tahun, dan langsaikan hutang piutang yang ditinggalkan di bahu saya.

“Perbuatannya ini menyusahkan saya kerana nama saya disenarai hitam. Dia juga langsung tidak berikan nafkah sejak tiga bulan kami bercerai,” ujarnya.

Bercerita lebih lanjut Nur berkata, bekas suaminya sebelum ini menggunakan namanya untuk membuat pinjaman bagi membeli kereta baharu.

“Masa kami masih suami isteri dulu, dia mahu upgrade kereta kami kepada yang lebih besar sedikit. Saya pun setuju kerana berfikir, ahli keluarga pun mungkin akan bertambah pada masa akan datang, tapi rupanya ini balasan dia kepada saya,” luahnya kesal.

Wanita berusia 35 tahun ini berkata, sebenarnya bekas suaminya itu pernah ‘buat perangai’ dengan menghilangkan diri selama empat bulan pada akhir tahun lalu.

Nur memuatnaik gambar profil akaun Facebook wanita yang kini bersama bekas suaminya. 

“Selama empat tahun berkahwin, dia seorang lelaki yang baik, jaga makan pakai kami dua beranak. Hanya penghujung November tahun lalu, dia ‘hilang’ selama empat bulan dan selama itu dia tidak pulang ke rumah kami. Apabila dicari dan dihubungi, dia hanya beritahu dia ada masalah kewangan.

“Dia hanya pulang ke rumah pada April lepas. Walaupun terkilan dengan perbuatannya saya masih terima dan beri peluang kepadanya, malah merayu agar dia tak ulangi lagi. Rupa-rupanya, dia kembali sebab ada agenda,” luahnya kesal.

Nur berkata, hanya dalam tempoh sebulan hubungan mereka ‘elok’ sebelum dia dan anaknya dihalau keluar dari rumah sewa pada Mei lalu.

“Dia sengaja cari kesalahan saya. Dia yang failkan penceraian di mahkamah dan pada 1 Ogos lalu, dia lafazkan cerai talak satu terhadap saya.

“Penghujung bulan ini, tempoh edah saya akan berakhir. Mungkin Allah nak tunjuk, baru-baru ini ada seorang kenalan lama bekas suami hantar gambar bekas suami bersama wanita lain.

“Dia sanggup keluar ‘berdating’ sedangkan anaknya di rumah sering bertanya mengenainya. Tergamaknya dia bersuka ria, tapi tanggungjawab dan hutangnya entah ke mana,” ujarnya.

Nur meluahkan rasa kecewa dengan sikap bekas suaminya di Facebook. 

Nur berkata, ketika ini dia terpaksa mencari pendapatan tambahan dengan berniaga dalam talian (online) di samping bekerja sebagai kerani akaun.

Dalam pada itu tambahnya, apa yang lebih dikesalkan, kata Nur, keluarga bekas mentua juga seolah-olah ‘membenarkan’ perlakuan anak meraka.

“Saya tak tahu apa yang dia cerita mengenai saya kepada keluarganya. Rasanya, saya sudah jalankan tanggungjawab sebagai isteri sebaik mungkin. Jika ada silap, beritahu saja saya.

“Kepada bekas mentua, saya harap semoga dapat berikan nasihat buat anak lelaki mereka.

“Jangan lupa, mereka juga ada anak perempuan. Jangan nanti ada orang memperlakukan anak perempuan mereka seperti yang terjadi kepada saya,” akhirinya yang tidak akan beri peluang kedua jika bekas suaminya kembali kepadanya.  

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
bekas suami, awek, hutang, agenda

Artikel Lain