Doktor dibelasah di klinik, suami skandalnya diam-diam balik dari Dubai - “Mimpi my brother in law jadi kenyataanlah” - Viral | mStar

Doktor dibelasah di klinik, suami skandalnya diam-diam balik dari Dubai - “Mimpi my brother in law jadi kenyataanlah”

Doktor tersebut dibelasah suami kepada jururawat itu ketika sedang bertugas di sebuah klinik swasta.

SEORANG pemuda dipercayai doktor yang bertugas di sebuah klinik swasta di Bandar Baru Bangi ditumbuk berulang kali oleh seorang lelaki ketika sedang bertugas.

Video berdurasi 2 minit 20 saat yang tular di media sosial sejak pagi Sabtu turut menyaksikan doktor itu bukan sahaja dipijak tetapi diterajang lelaki tersebut yang dikenali sebagai Aiman.

Namun doktor itu bernasib baik apabila seorang wanita bertindak menghalangnya daripada terus dikasari lelaki terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami nak ‘outstation’ naik pangkat, isteri dalam pantang sanggup packing barang - “Selepas balik tiba-tiba dia baik lain macam...”

ARTIKEL BERKAITAN: “Pergi mampus la dia mengandung” - Jururawat dicekup khalwat dengan suami orang

Berdasarkan beberapa maklumat yang tular mengenai insiden itu, doktor tersebut dibelasah kerana didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri Aiman yang juga seorang jururawat.

Difahamkan isteri Aiman berlaku curang selama lapan ke 10 bulan sepanjang ketiadaan suaminya yang bekerja di Dubai.

Bukan saja dibelasah, doktor itu turut dipijak dan diterajang.

Berdasarkan maklumat, isteri Aiman bertemu dengan doktor tersebut buat kali pertama ketika datang ke klinik dia bertugas untuk mendapatkan sijil sakit.

Namun doktor itu didakwa cuba memikat isteri Aiman dan pada masa sama wanita tersebut pun 'melayan' lelaki itu.

Bagaimanapun hubungan sulit pasangan itu terbongkar selepas Aiman mengintip pergerakan isterinya.

"Si nurse tak cerdik, konon educated padahal b**** tak tahu CCTV lif, CCTV lobi, CCTV gate, CCTV lot parking penuh.

"So si suami balik dari Arab Saudi hari ni datang belasah doktor tu," demikian menurut maklumat yang tersebar di Twitter.

Berdasarkan maklumat itu, doktor tersebut juga sudah mempunyai isteri.

Sementara itu, adik kepada jururawat tersebut tampil mempertahankan kakaknya.

Maklumat berkaitan insiden itu turut tersebar di Twitter.

Menurut pemilik akaun Twitter Dxniallee, kakaknya itu sering dituduh berlaku curang oleh suaminya sepanjang dua tahun mereka hidup bersama.

Malah dakwanya, kakaknya sudah bosan dengan sikap suaminya itu yang tidak mempercayainya dan suka menuduh dirinya bukan-bukan.

Oleh sebab itu, dakwa Dxniallee kakaknya itu tekad membuktikan kepada abang iparnya bahawa dia berlaku curang.

"Siapa je tahan kan hari-hari dituduh bukan-bukan padahal orang tu sibuk bekerja dan dia rasa diri tu tercabar. 

Sekali mimpi my brother in law tu jadi kenyataanlah sebab selalu dok menuduh bukan-bukan, jelalous tak tentu pasal since diorang engaged lagi.

DXNIALLEE.

"Sekali mimpi my brother in law tu jadi kenyataanlah sebab selalu dok menuduh bukan-bukan, jelalous tak tentu pasal since diorang engaged lagi.

"Memang husband dia ada trust issue dan my sis pun dah fedup. I don't know why maybe sebab like i said just now both sides ada kesalahan masing-masing," katanya.

Jelas Dxniallee lagi, sebelum abang iparnya kembali ke Malaysia, kedua-dua keluarga sudah berbincang mengenai perkara itu.

Tweet adik kepada jururawat terbabit turut dikongsi di Twitter.

"My family dengan family belah sana pun dah jumpa doktor tu dah bincang elok-elok supaya jangan berkawan lagi dah sebab masing-masing dah berkahwin kan.

"Dan settle diorang pun tak jumpa lagi dah and my sis continue focus with her job. And today my brother in law balik KL terus serang doktor tu without any explanation.

"Padahal this case dah settle. Benda ni jadi case polis sebab serang orang secara tiba-tiba," katanya.

Dalam pada itu, klinik yang dipercayai tempat bertugas doktor itu ketika dihubungi mStar enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara itu.

"Maaf saya tahu tahu. Saya tak boleh bagi sebarang komen," kata jururawat yang menjawab panggilan tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian daripada doktor berkenaan yang mendakwa di pukul sewaktu berada di kliniknya. 

Laporan diterima pada pukul 3.45 petang Jumaat dan pihak polis sedang melakukan siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian. 

"Kes disiasat di bawah Seksyen 323 serta 506 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan melakukan ugutan jenayah," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian bolehlah berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Fahrul Anuar di talian 014-3700870.

doktor , jururawat , curang , Dubai

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain