Dulu jual mahal, mesej gadis langsung tak dibalas... kini 13 tahun selepas kahwin setiap hari masih tanya, “ma sayang pa?” - Viral | mStar

Dulu jual mahal, mesej gadis langsung tak dibalas... kini 13 tahun selepas kahwin setiap hari masih tanya, “ma sayang pa?”

Syida bersama suami dan dua anaknya. (Kiri) Paparan skrin posting Syida di Twitter.

BERKAT kesabaran dan doa berpanjangan, akhirnya bersatu juga di jenjang pelamin.

Begitulah dapat disimpulkan kisah penyatuan pasangan ini yang mana perjalanannya cukup berliku, sebagaimana yang diceritakan empunya badan menerusi Twitter.

Bercerita lebih lanjut kepada mStar, Sayyidah Nafisah Mohd Idris, 29, berkata, kisah dengan suaminya, Mohamad Helmi Mohamad Yusoff, 30, bermula sekitar 13 tahun lalu sewaktu mereka masih bersekolah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah beritahu mak, jangan terkejut tengok dia” - Jururawat pilih suami Sudan, yang kutuk biar 'kutip dosa kering'

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan 'takut nak kahwin' akhirnya gembira, berjaya buat majlis walau kos murah!

"Pada saya, orang kata jodoh tak ke mana. Kalau betul-betul suka, dah tak ada harapan pun mintalah dengan Allah. Dulu, saya tingkatan dua dan dia tingkatan tiga. Dia tunggu kat kantin sambil perhati gerak geri saya.

"Dari saya lalu situ, makan sampai habis dia asyik pandang saya tak toleh tempat lain. Malu saya rasa, tapi bila tanya, awak sayang saya tak, dia sombong gila.

Syida dan suaminya disatukan pada tahun 2010.

"Ada satu malam tu saya call, dia tak jawab. Mesej pun tak balas sampailah ada orang angkat. Perempuan yang angkat telefon. Lepas kejadian tu, saya masih sayang dia. Tiap-tiap hari mesej. Sekali pun dia tak pernah balas," ujarnya yang mesra disapa Syida.

Tambahnya, mesej yang dihantar tanpa rasa jemu setiap hari itu bagaimanapun terhenti setelah dia berpindah ke Melaka sewaktu masuk ke tingkatan lima.

Sampailah suatu hari tu terbuka pintu hati untuk terima dia kembali. Kami akhirnya kahwin pada tahun 2010.

SYIDA

Namun, dia tidak lama kemudian menerima panggilan daripada lelaki itu yang memujuknya untuk kembali bersama.

"Satu hari, entah mana dia tahu saya pindah. Dia call minta maaf. Dia nak couple balik. Tapi saya tak nak sebab takut.

"Saya berhubung dengan Allah. Solat hajat, minta dekatkan dengan dia andai kami ada jodoh. Jauhkan andai tiada jodoh. Tapi selalunya saya doa semoga kami ada jodoh.

"Sampailah suatu hari tu terbuka pintu hati untuk terima dia kembali. Kami akhirnya kahwin pada tahun 24 Disember 2010," jelasnya.

Jasmin dan suami mengusahakan perniagaan nasi lemak di Senawang.

Tambah Syida lagi, dia bersyukur apabila doa yang diminta akhirnya dimakbulkan dan mereka juga bahagia dengan dua cahaya mata berusia enam dan tiga tahun.

Malah, dia juga mengharapkan agar rumah tangganya dengan suami akan berkekalan ke akhir hayat.

"Sekarang, 13 tahun kemudian, ma sayang pa? Hari-hari dia tanya. Dari kahwin sampai anak dua.

Perkongsian Syida di laman Twitter miliknya.

"Dia kata, tak tahu kenapa selalu ingat kat saya. Walaupun masa tu dia ada awek lain.

"Bila tahu saya pindah Melaka dia jadi sedih. Mesej saya hantar hari-hari dia baca," imbas Syida lagi.

Pasangan yang menetap di Senawang, Negeri Sembilan itu kini sama-sama mengusahakan perniagaan nasi lemak di Taman Jasmin Indah.

Kata Syida lagi, dia juga tidak menyangka perkongsian kisah dia dan suami di Twitter menerima lebih 7,500 perkongsian.

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain