suria

Melutut depan mesin tiket demi diskaun? Lelaki ‘rare’ perjelas insiden di stesen bas - “Ramai cakap untung, banyak masalah sebenarnya”

Najman mempunyai ketinggian luar biasa berbanding lelaki-lelaki lain di negara ini.

GELAGAT seorang pemuda melutut di hadapan kaunter mesin tiket bas menarik perhatian ramai apabila gambarnya itu dikongsi di media sosial.

Perkongsian dibuat Mohammad Najman Haikal Swandi dengan kapsyen 'Larkin Sentral mohon tinggikan sikit kaunter' sehingga kini mendapat lebih 6,100 ulang kicau dan 5,600 tanda suka.

Gelagatnya itu turut menjadi gurauan netizen di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: “Susah juga nak borak” - Awek kongsi cabaran dapat teman lelaki 'senget' yang sentiasa 'tunduk' kepadanya

ARTIKEL BERKAITAN: Kalau dah jodoh...tinggi rendah, gempal bukan halangan

"Ingat nak sarungkan cincin," tulis Zahid Tahgudin.

"Lain macam melutut depan kaunter ni. Dapat diskaun tak?" soal Az.

Najman bersama rakan sekelasnya sewaktu tingkatan 6.

Bercerita kepada mStar, Mohamad Najman atau lebih mesra disapa Najman berkata dia terpaksa tunduk disebabkan ketinggiannya yang luar biasa (rare).

"Sebenarnya saya baru pertama kali beli tiket guna mesin. Sebelum ni saya selalu beli online. Kalau saya berdiri mesin tu paras pinggang saya.

"Memandangkan kena taip nama dan nombor IC (kad pengenalan) saya terpaksa membongkok sikit. Nak membongkok memang lama, jadi saya pilih untuk melutut," katanya yang mempunyai ketinggian 191 sentimeter (cm).

Pemuda berusia 20 tahun itu berkata gambar itu dirakam kakaknya, Nor Ajlaa Najwa yang kebetulan menemaninya ke terminal bas tersebut pada 7 September lalu.

"Kakak saya pun tinggi dalam 185cm. Bila dia tengok saya buat macam tu dia pun terkejut dan terus ambil gambar saya.

"Tapi saya saja nak post gambar saya tu untuk share dengan kawan-kawan. Tak sangka pula viral. Dua hari dapat notification non stop," katanya.

Najman (kiri) bersama bapa dan kakaknya yang hampir tinggi sepertinya.

Pada awalnya Najman berkata ramai keliru dengan gambar yang dimuatnaiknya itu.

"Ramai cakap nak melamar mesin tu ke? Mesin tu cakap yes ke? Ada juga yang salahkan mesin tu dan Larkin Sentral sebab buat (mesin) rendah sangat.

"Sebab ramai tanya dulu kenapa mesin tu macam tu, barulah saya beritahu mereka tinggi saya berapa. Sejak itu ramai tanya betul ke saya tinggi  macam tu (191cm)," katanya.

Saya start tinggi Form 2. Jadi dari Form 2 nak sampai ke Form 5 tu seluar mesti singkat. Kawan-kawan cakap saya dah macam Korea.

MOHAMAD NAJMAN HAIKAL SWANDI

Meskipun ramai menganggap dirinya bertuah kerana tinggi lampai, pemuda dari Larkin itu turut berkongsi beberapa kelemahan di sebalik kelebihannya itu.

"Ramai cakap untung jadi tinggi tapi banyak masalah sebenarnya. Susah nak pilih kasut. Kalau yang cantik je selalu habis jadi terpaksa beli yang tak minat tapi ada banyak saiz.

"Nak masuk kereta kadang-kadang kepala cecah bumbung. Duduk depan pun saya terpaksa tolak sikit seat ke belakang. Kalau ambil gambar pula kena berdiri belakang sekali," katanya.

Najman turut aktif bermain bola bersama rakan-rakannya.

Sementara itu, Najman turut berkongsi kisah lucu semasa di sekolah menengah gara-gara ketinggiannya itu.

"Saya start tinggi Form 2. Jadi dari Form 2 nak sampai ke Form 5 tu seluar mesti singkat. Kawan-kawan cakap saya dah macam Korea.

"Tapi saya pakai je sebab cikgu pun dah tahu dan faham kenapa saya pakai seluar singkat," kata penuntut di sebuah kolej swasta di Selangor itu.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain