suria

Kalau dah jodoh...tinggi rendah, gempal bukan halangan

PETALING JAYA: Bila jodoh sudah tertulis, tiada apa yang dapat memisahkan dua hati yang telah bertaut.

Biar berdiri tidak sama tinggi tapi duduk sama rendah, namun kebahagiaan jelas terpancar di wajah pasangan dua sejoli, Nor Adida Ahmad, 25, dan suaminya Rohaizad Jamaludin, 35.

Kisah cinta mereka berputik ketika Rohaizad mengawal selia sebuah projek berhampiran tempat kerja Nor Adida yang bergelar jururawat.

"Saya kenal suami ketika bekerja di sebuah hospital swasta di Seremban. Dia kontraktor untuk satu projek yang berdekatan dengan kawasan hospital.

"Mula-mula kami hanya berkawan, tapi semakin lama saya semakin serasi dengannya yang pandai mengambil hati saya," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Nor Adida memiliki ketinggian 1.6m, manakala Rohaizad pula 1.4m.

Kata jururawat yang berasal dari Bukit Kayu Hitam itu, dia menggemari lelaki rendah kerana tertarik dengan fizikal mereka yang comel.

Nor Adida yang merupakan anak sulung daripada dua beradik itu memiliki ketinggian 1.6 meter, manakala suaminya pula cuma 1.4 meter.

Tambahnya, mereka mendirikan rumah tangga pada pada akhir bulan lalu dan terpaksa tinggal berjauhan buat sementara selepas dia berpindah untuk bertugas di sebuah hospital swasta di Alor Setar, Kedah sejak awal bulan ini.

Pasangan tersebut diijabkabul di kediaman pengantin perempuan di Felda Bukit Tangga pada 24 Ogos lalu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos lalu.

Wanita tersebut bersyukur kerana dipertemukan jodoh dengan Rohaizad kerana mereka saling menerima kekurangan diri masing-masing.

"Saya tertarik dengan peribadinya yang tegas tapi kadang-kadang kelakar, selain fizikalnya yang comel.

"Saya tidak melihat ketinggian suami sebagai satu kekurangan kerana dia pun boleh menerima saya seadanya, biarpun saya berisi," jelasnya.

Menurut Nor Adida, orang luar juga sering memandang mereka apabila keluar bersama tetapi dia tidak menganggapnya sebagai satu isu besar kerana baginya penerimaan kedua-dua keluarga lebih penting.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain