suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua anak tiri CEO Cradle ditahan

Dua remaja yang juga anak tiri bekas CEO Cradle Fund dibawa ke Mahkamah Majistret untuk proses penahanan reman pada Ahad.

PETALING JAYA: Polis menahan dua anak tiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), Nazrin Hassan, yang maut dalam kebakaran pada Jun lalu, pada Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

“Kita tahan dua remaja lelaki, berusia 16 dan 14 tahun petang semalam.

“Mereka ditahan di Taman Tun Dr Ismail kira-kira 4 petang.

“Permohonan reman ke atas keduanya akan dibuat pagi ini di Mahkamah Majistret Petaling Jaya,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro pada Ahad.

Pada 4 September lalu, polis menahan balu Nazrin dan bekas suaminya, kedua-duanya berusia 43 tahun bagi membantu siasatan kes itu sebelum mereka direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Tiga hari kemudian, polis membebaskan bekas suaminya.

Dalam tragedi 14 Jun lalu, Nazrin maut dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Homes, di Petaling Jaya.

Pada 3 Ogos lalu, Fadzil mengklasifikasikan kes kematian Nazrin sebagai kes bunuh selepas siasatan bomba menemui kesan petrol di lokasi kebakaran.

Cradle, Fadzil

Artikel Berikut

Bajet 2019...bajet korban

Artikel Lain