“Susah juga nak borak” - Awek kongsi cabaran dapat teman lelaki 'senget' yang sentiasa 'tunduk' kepadanya - Viral | mStar

“Susah juga nak borak” - Awek kongsi cabaran dapat teman lelaki 'senget' yang sentiasa 'tunduk' kepadanya

Chib dan Amir Haziq pernah menuntut di MRSM Taiping, Perak, suatu ketika dahulu.

KETINGGIAN luar biasa yang dimiliki jejaka ini menarik perhatian ramai apabila gambarnya dikongsi di media sosial.

Perkongsian yang dibuat Zaiton Nasir mengenai teman lelakinya, Amir Haziq Mohd Zarin yang memiliki ketinggian 186cm sehingga kini menerima hampir 4,000 ulang kicau (Retweet).

Bercerita kepada mStar, Zaiton yang mesra disapa Chib tidak menyangka perkongsian itu akan menarik perhatian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas, abang polis 'terlajak' tinggi! Sekali kenal, sukar hilang dari mata “Pandang-pandang macam saya ni pelik sangat...”

ARTIKEL BERKAITAN: Kalau dah jodoh...tinggi rendah, gempal bukan halangan

Tambahnya lagi, gambar itu dirakam sewaktu dia dan Amir Haziq beraya di kediaman rakan mereka di Sungai Besar, Selangor baru-baru ini.


Perbandingan ketinggian antara Chib dan teman lelakinya.

"Masa tu kami pergi beraya di rumah kawan, hari raya kelima. Ketika nak ambil lauk, saya tengok kepala dia senget.

"Saya tanyalah kenapa tak berdiri betul-betul. Bila dia betulkan kepala dia, dah hampir rapat dengan siling rumah.

"Kami pun tergelak, saya terus ambil gambar dia. Tak sangka pula akan viral bila post di Twitter," ujar Chib sewaktu dihubungi pada Isnin.

Dulu takut juga orang mengata, tapi ramai yang cakap kami cute.

ZAITON NASIR

Bercerita mengenai perkenalannya dengan jejaka itu, mereka yang sama-sama berusia 23 tahun bertemu sewaktu sama-sama menuntut di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Perak, suatu ketika dahulu.

"Dulu masa sekolah orang panggil dia 'senget'. Sebab dia tinggi sangat sampai tak muat katil asrama. Jadi kalau nak tidur, dia kena sengetkan badan.

Perkongsian Chib yang tular di Twitter.

"Saya pun paras ketiak dia je, kadang-kadang susah juga nak borak. Tinggi saya 148cm. Kalau bercakap dengan saya, dia terpaksa tunduk sikit," katanya lagi.

Jelas Chib lagi, suatu ketika dahulu dia agak risau jika ada yang melemparkan kata-kata negatif memandangkan perbezaan ketinggian yang ketara antara dia dan teman lelakinya.

Namun kata Chib, dia tidak menyangka ramai yang seronok melihat keunikan mereka bersama.

"Dulu takut juga orang mengata, tapi ramai yang cakap kami cute," ujarnya berseloroh.

Amir Haziq , Zaiton Nasir , tinggi

Artikel Lain