suria

Niat nak kongsi transformasi bentuk badan, tapi lain yang netizen nampak... Ayat “oiii gemuk turun” buat pelajar ini nekad diet!

Gambar terbaharu Syahmi (kanan) dan gambar lamanya (kiri) bagi menunjukkan perubahan saiz dirinya selepas mengamalkan diet mengelirukan netizen sehingga timbul salah faham.

SERING diejek kerana bersaiz XL, seorang pemuda menjadikan setiap hinaan yang dilemparkan terhadapnya itu sebagai pembakar semangat untuk kurus.

Hasilnya, pemuda itu berjaya menurunkan berat badan asalnya dari 106 kilogram (kg) kepada 75kg dalam tempoh lima bulan.

Muhammad Syahmi Hazni berkongsi gambar terbaharunya dan perjalanan diet dilakukannya sehingga tular di Twitter.

Posting jejaka berusia 17 tahun itu dengan kapsyen '2019: March vs August' menerima 2,400 ulang kicau dan 5,600 tanda suka.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis XXL tekad kurus selepas cinta ditolak, tak tahan diejek

ARTIKEL BERKAITAN: Badan jadi saiz XL selepas bedal ‘fast food’ selama 4 semester, mujur gadis ini cepat insaf... hati berbunga selepas diet!

Selain diejek, Muhammad Syahmi atau lebih mesra disapa Syahmi mendedahkan dia nekad mengurangkan berat badan untuk memudahkan urusan ibadahnya.

"Bagi saya klise kalau orang cakap nak kurus sebab broke. Tapi benda tu biasa je untuk saya walaupun saya pernah laluinya.

Syahmi turut berkongsi tips dietnya di Twitter.

"Niat utama saya nak kurus kerana mahu beribadah tanpa sebarang masalah sebab kalau badan besar susah nak solat... sakit lutut. Selain itu saya mahu kekal sihat dan gembira," katanya kepada mStar.

Bercerita mengenai fasa awal perjalanan dietnya, pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Tiram, Johor itu mengakui ia amat memeritkan tetapi diteruskan berkat sokongan keluarga dan rakan-rakannya.

"Masa mula-mula tu sakit juga. Bulan pertama saya kurangkan pengambilan gula, garam dan karbo, nasi pula saya tukar dengan raw oat.

Ramai salah faham. Sebenarnya tangan kiri saya terkehel dan luka sikit sebab kemalangan semasa balik sekolah akhir bulan lepas.

MUHAMMAD SYAHMI HAZNI

Pelajar tingkatan 5, SMK Ulu Tiram, Johor

"Lepas tu saya workout dan jogging. Cheat day tu ada tapi memandangkan saya start diet masa puasa jadi mudah untuk turun berat badan," katanya yang berbadan besar sejak tahun empat.

Walaupun sudah mendapatkan bentuk badan idamannya, Syahmi berkata pengalaman diejek semasa naik ke atas pentas di sekolah tidak akan dilupakannya.

"Body shaming tu dah selalu sangat kena. Pernah sekali masa saya naik pentas awal tahun ni tiba-tiba ada orang jerit 'Oiii gemuk turun'.

Syahmi mula mengamalkan diet sihat sejak Mac lalu.

"Tapi saya anggap positif kata-kata itu. Apa yang orang kata buruk pasal saya, saya jadikan sebagai pembakar semangat untuk kurus," katanya.

Meskipun ramai memuji perubahan wajah Syahmi selepas kurus, ada juga netizen keliru dengan perubahan tangan kirinya dek kerana dua keping gambar dikongsinya di Twitter.

"Aku ingat perbezaan dia tangan... sorry," tulis Devy.

"Weh tangan dia tumbuh balik ke?" soal Lalilatulzahira.

"Gila **** 5 bulan terus tumbuh tangan. Kau dapat DNA Sel Hashirama dari mane ni woii... Bagitau aku cepat," tulis Azzrul Hisyam.

Syahmi yang turut terhibur dengan komen netizen mengenai perkara itu menjelaskan tangan kirinya itu baru saja pulih daripada kecederaan akibat kemalangan motosikal pada akhir Ogos lalu.

"Ramai salah faham. Sebenarnya tangan kiri saya terkehel dan luka sikit sebab kemalangan semasa balik sekolah akhir bulan lepas.

Ramai bergurau mengenai tangan kiri Syahmi di Twitter.

"Masa tu baru lepas hujan. Saya kemalangan sendiri dan nasib baik kawan saya tolong. Alhamdulillah tangan saya dah ok dan diet tetap diteruskan," katanya.

Sementara itu, anak bongsu dua beradik itu turut terkilan apabila ada yang mendakwa dia mengambil bahan terlarang untuk kurus.

"Ada orang ingat saya ambil barang macam myth tapi walhal saya tak ambil pun. Saya tak tahulah kalau mereka sekadar bergurau. Tapi saya tak kisah pun. Saya abaikan je komen tu.

"Saya pun tak ambil sebarang supplemen atau bahan makanan tambahan sebab bimbang ada side effect. Tapi saya lebih prefer ambil makanan organik. Itu lebih selamat," katanya yang turut gemar bersukan.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
kurus, tangan, Syahmi, diet

Artikel Lain