suria

Pakwe speechless! Pertama kali WhatsApp bapa kekasih minta izin dating dibalas gambar tanah kubur – “Girlfriend saya pesan suruh tunggu...”

Aiman menerima kejutan yang tak disangka-sangka daripada mesej yang dibalas bapa kekasihnya. Foto ihsan Aiman Alif Najmi Nawi

MEMINTA kebenaran daripada ibu bapa kekasih untuk membawa anak gadis mereka keluar dating merupakan perkara yang paling digeruni kaum lelaki.

Hanya Tuhan saja yang tahu betapa berdebarnya menunggu respons atau keizinan bakal mentua.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu kekasih hantar mesej salam subuh, bro ni tak gelabah siap balas on time, “Jangan ingat anak bujang tak rajin bangun pagi”

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis tergamam, tunang terima mesej ‘sayang’ daripada perempuan lain, “Pelanggan terpaksa dedah misteri ucapan romantik”

Itulah yang dilalui Aiman Alif Najmi Nawi apabila dia menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp kepada bapa kekasihnya pada pagi Khamis, empat hari selepas mengadakan pertemuan pertama dengan bapa teman wanitanya itu.

Kekasih Aiman yang dikenalinya  semasa sama-sama belajar di UPM.

Dia melalui pengalaman pertama yang tidak disangka-sangka apabila mesejnya dibalas oleh bapa kekasih dengan gambar tanah perkuburan.

“Tadi pertama kali aku minta kebenaran papa girlfriend aku nak bawa dia keluar. Jadi, aku nak balas apa kalau dapat reply ni. Sampai sekarang aku speechless,” menurut tulisannya di laman sosial Twitter.

Pelbagai reaksi netizen berhubung perkongsian Aiman.

Pelajar berusia 19 tahun itu mengakui amat terkejut sebaik menerima gambar tanah perkuburan tersebut, mesej pertama yang dibalas oleh bapa kekasihnya.

“Saya dan girlfriend dah couple sembilan bulan sejak awal tahun ini. Beberapa hari lepas saya dan girlfriend berjumpa dengan bapanya.

“Saya ambil masa beberapa hari juga selepas pertemuan itu untuk memberanikan diri meminta kebenaran daripada bapanya untuk ajak anaknya keluar dating.

“Kita berani bawa anak dara orang, kita kenalah juga berani minta izin daripada bapanya. Sebagai lelaki, kita perlu ada tanggungjawab,” katanya kepada mStar.

Sambungan mesej yang diterima Aiman daripada bapa kekasihnya.

Aiman yang berasal dari Sungkai, Perak bagaimanapun tidak terburu-buru untuk membalas mesej berkenaan, sebaliknya menghubungi kekasihnya terlebih dahulu.

“Memanglah cuak sebab mesej pertama dah dapat gambar kubur. Tapi, saya tak fikir yang bukan-bukan sebab sebelum berjumpa dengan bapa dia tempoh hari, banyak cerita yang baik-baik mengenainya saya dengar. Girlfriend saya pesan tunggu dulu, sebab bapanya seorang yang sibuk.

Bapa girlfriend saya bukan sahaja peramah, optimis mengenai masa depan dan bertanggungjawab terhadap keluarganya, bahkan wajahnya mirip pelakon Aaron Aziz.

AIMAN

“Bapa girlfriend saya bukan sahaja peramah, optimis mengenai masa depan dan bertanggungjawab terhadap keluarganya, bahkan wajahnya mirip pelakon Aaron Aziz,” ujar Aiman yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang, Selangor.

Seperti yang diduganya, kira-kira empat minit selepas menerima gambar kubur tersebut, bapa kekasihnya kembali membalas dengan memohon maaf.

Aiman turut aktif bersenam dan melakukan bisnes online coaching untuk kecergasan.

Menurut Aiman, rupa-rupanya gambar tersebut sebagai penjelasan bahawa bapa kekasihnya sedang menziarahi pusara datuk teman wanitanya ketika itu.

“Serba-salah pula sebab ganggu dia pergi ziarah kubur. Tapi syukur, dapat green light untuk kami keluar dating, cuma bapanya pesan jangan balik lewat sangat. Saya faham bapanya seorang protective

“Bagaimanapun, saya kesal terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menganggap gambar kubur itu menandakan girlfriend saya meninggal dunia. Soal hidup mati jangan main-main, lain kali habiskan baca penjelasan saya di thread (bebenang),” katanya yang mengenali kekasihnya semasa belajar di UPM.

Aktiviti kecergasan yang dilakukan oleh Aiman turut mendorong bapa kekasih meminta untuk melatihnya.

Aiman yang mengusahakan bisnes online coaching untuk kecergasan menjelaskan bahawa mempunyai kekasih bukan sesuatu yang boleh dibuat main-main.

“Bagi saya, nak couple ni jangan separuh jalan tapi fikir yang kita couple dengan seseorang tu sebab nak kahwin dengan dia. Jodoh pertemuan itu ketentuan Tuhan.

“Nak kenal anak, kena kenal mak ayah dia juga. Lepas jumpa hari tu, bapa girlfriend yang muka macam Aaron Aziz tu minta saya latih dia untuk kecergasan,” katanya yang memberi tumpuan kepada aktiviti kecergasan dengan bermain bar.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
girlfriend, dating, kubur, UPM, Aaron Aziz

Artikel Lain