suria

“Sesungguhnya saya sangat malu dengan sikap dia” - Anak ligat melucah, ugut rogol gadis di IG... mangsa buntu ibu rayu tak lapor polis

Lelaki tersebut menghantar mesej berbaur lucah kepada Qish sejak beberapa bulan lalu.

SEORANG gadis mendakwa dia diganggu seorang lelaki tidak dikenali yang kerap menghantar mesej berbaur lucah di akaun Instagram miliknya.

Menerusi ciapan di Twitternya, Batrisya Balqis turut mendedahkan mesej lucah yang dihantar pemuda tersebut kepadanya sejak beberapa bulan lalu.

Perkongsian gadis berusia 19 tahun itu dengan kapsyen 'I've known this disgusting guy too and he keep dm-ed me telling nak tu nak ni. Sumpah tak serik kau ni, I hope you get what you act deserve man' menjadi tular di Twitter.

Tanpa diduga terdapat beberapa gadis berkongsi pengalaman mereka turut diganggu lelaki yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak ada dalam friend list, gadis terkejut remaja umur 19 tahun dah berani hantar mesej nak rogol... pengakuan adiknya lebih membimbangkan!

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya ni jenis lantang” - Gadis buktikan dirinya 'kecil berapi', pekerja senior 'panas' selepas hantar mesej nak lambung-lambung

Malah ada yang mengakui mengenali lelaki terbabit yang disifatkan berbeza dengan perwatakannya semasa di dalam kelas.

Antara mesej lucah yang diterima Qish daripada pemuda berusia 19 tahun itu.

Batrisya Balqis atau lebih mesra disapa Qish berkata dia terpanggil untuk berkongsi perkara itu kerana tidak mahu ramai gadis lain menjadi mangsa lelaki tersebut.

"Saya tak kenal dia. Tapi dia DM saya melalui Instagram. Mula-mula saya tak perasan mesej dia tapi dia keep DM start awal bulan Januari hinggalah pertengahan Mei lalu.

"Mula-mula tu mesej dia OK tapi bila dah lama-lama makin melampau. Bila dah sampai tahap dia ajak jumpa, saya beritahu family. Bukan apa risau kalau dia betul-betul tahu lokasi saya tinggal.

"Jadi saya pun saja share mesej-mesej yang dia hantar. Tak sangka ramai perempuan yang pernah kena macam saya daripada lelaki yang sama," katanya kepada mStar.

Mak lelaki tu ada WhatsApp saya merayu jangan ambil apa-apa tindakan atau buat laporan polis. Dia siap minta maaf bagi pihak anak dia.

BATRISYA BALQIS.

Jelas Qish, dia terpaksa meminta bantuan sepupunya untuk menyamar sebagai dirinya bagi mengetahui sama ada akaun tersebut palsu atau sebaliknya.

"Dia mesej ajak video call saya takutlah. Jadi sepupu saya call guna handphone dia berlakon jadi diri saya sebab nak tengok sama tu akaun fake atau betul-betul dia.

"Bila sepupu saya video call nampak dia tengah buat onani. Kiranya dia ajak video call tu untuk memuaskan nafsu dia. Bila dia tahu orang tu bukan saya dia terus matikan phone dan block nombor tu," katanya.

Antara komen netizen dalam posting Qish.

Gadis berasal dari Johor Bahru itu berkata dia pada awalnya merancang untuk membuat laporan polis tetapi terpaksa menangguhkan niatnya itu gara-gara mesej daripada ibu pemuda itu.

"Mak lelaki tu ada WhatsApp saya merayu jangan ambil apa-apa tindakan atau buat laporan polis. Dia siap minta maaf bagi pihak anak dia.

"Perempuan yang pernah dapat mesej lucah dari lelaki tu pun terpaksa tarik balik laporan polis dia kerana kasihan dengan mak dia.

"Saya pun masih buntu. Kalau buat laporan polis kesian pula dekat mak dia tapi kalau tak buat takut jadi lagi teruk pula," katanya.

Namun rata-rata netizen menggesa Qish membuat laporan polis kerana lelaki itu mengeluarkan mesej berbaur ugutan.

"Dia cakap nak rogol pun dah boleh buat report polis... sebab tu satu ugutan," tulis Mohd Zul.

Paparan mesej minta maaf ibu pemuda tersebut kepada Qish.

"Ada bukti boleh buat report... kira gangguan seksuallah ni," tulis BanHanscom.

Sejak insiden itu, Qish berkata dia menetapkan mode private pada akaun Instagramnya.

"Sebelum ini akaun IG saya tak private. Tapi bila lelaki tu kata dia screen shot gambar saya dan lepas tu nak rogol sayalah nak itulah nak inilah, saya terus privatekan akaun saya.

"Saya jadi trauma. Jadi saya nak nasihatkan perempuan lain supaya privatekan IG masing-masing. Better kita tapis dulu friend request kita," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
mesej, lucah, Instagram, polis, ugut, rogol

Artikel Lain