suria

Badan jadi saiz XL selepas bedal ‘fast food’ selama 4 semester, mujur gadis ini cepat insaf... hati berbunga selepas diet!

Farrah mengambil masa lapan bulan untuk membuat transformasi berat badan.

PADAH kerana 'melantak' makanan segera setiap minggu selama empat semester, gadis ini mulai sedar akan perubahan berat badannya.

Risau ia memberi kesan kepada kesihatan diri, selain pakaian yang mula ketat, Puteri Farrah Natasha A Aziz, nekad untuk menguruskan badan.

Mesra disapa Farrah, gadis berusia 21 tahun ini membuat perkongsian menerusi laman Twitter mengenai transformasi berat badannya yang mengambil masa selama lapan bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Badan dah ‘fit’ pun cinta ditolak, pemuda XXL tarik perhatian Adibah Nor “Hati orang kita tak boleh paksa”

ARTIKEL BERKAITAN: Konvo dah dekat, nak beli but paha pula besar! Gadis kongsi perit kurus dalam sebulan, “saya berlari sambil menangis”

"Masa mula-mula sambung belajar pada 2016, saya selalu makan makanan segera, sebab kedainya pun dekat dengan tempat saya belajar. Memang setiap minggu saya pergi.

Posting Farrah di Twitter.

"Masa sekolah berat saya 55 kilogram (kg) sahaja. Selepas itu naik kepada 67 kg akibat selalu makan makanan segera. Akhirnya selepas diet kini berat saya 46kg.

"Saya mula sedar selepas tengok perubahan di paha dan kaki. Pakai baju pun rasa tak muat, tak selesa.

"Jadi saya pun mula baca pasal diet, saya rujuk Instagram dan Youtube. Jimat kos, lagipun saya segan nak pergi gim, rasa tak selesa dipandang. Jadi saya buat diet dan senaman sendiri," ujarnya sewaktu dihubungi pada Rabu.

Pernah rasa sedih sebab stuck, berat tak turun dan tak nampak perubahan. Tapi saya teruskan juga. Mindset kena betul dan sentiasa ada sasaran.

PUTERI FARRAH NATASHA A AZIZ

Menurut anak kelahiran Jerantut, Pahang ini, dia juga pernah terdetik untuk berputus asa sewaktu dalam proses untuk menguruskan berat badan.

Namun, memikirkan kesihatan diri serta sasaran yang sudah ditetapkan, dia tetap menggagahkan diri untuk melakukan perubahan.

"Sepanjang lapan bulan, saya langsung tak jamah makanan segera. Saya juga suka air manis seperti teh ais. Saya hentikan semua tu. Dalam sebulan saya jogging setiap hari, saya juga buat senaman. Tak putus setiap hari.

Ujar Farah, dia kini mengamalkan pemakanan sihat seperti sayur dalam diet hariannya.

"Pernah rasa sedih sebab stuck, berat tak turun dan tak nampak perubahan. Tapi saya teruskan juga. Mindset kena betul dan sentiasa ada sasaran.

"Dari segi pemakanan, saya tak tinggalkan nasi. Masih ambil dalam kuantiti sedikit setiap hari, dalam segenggam.

"Saya juga banyakkan makan sayur-sayur, ulam dan buat sup," ujarnya yang juga pelajar dalam bidang Ukur Bahan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sri Iskandar, Perak.

Tambahnya lagi, jika sebelum ini dia terpaksa memakai baju saiz L atau XL, dia kini lebih mudah untuk berfesyen dan boleh bergaya dalam saiz S atau M.

Dalam pada itu, posting Farrah di Twitter sehingga kini menerima lebih 10,400 perkongsian.

Malah, ramai yang turut mengucapkan tahniah atas transformasi yang berjaya dilakukannya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
makanan segera, transformasi, kurus

Artikel Lain