suria

Kekasih sanggup balik Malaysia, 'Shukri Yahaya' di Amerika balas dengan tindakan sweet, “Ramai kata saya kaya tapi...”

Aqil dan Sofea mengenali satu sama lain sejak di bangku sekolah menengah lagi.

BENARLAH kata orang cinta tidak mengenal jarak, ruang dan waktu. Biarpun seorang berada di Amerika Syarikat (AS) dan seorang lagi di Australia, namun ikatan cinta mereka tetap kukuh.

Begitulah kisah percintaan Aqil Harith Amran, 23, dan Sofea Shahrul Azman, 22, yang tular sehingga video mereka menerima hampir sejuta tontonan di Twitter.

Video yang dimuatnaik Aqil yang juga pelajar di Universiti of Colorado Boulder, AS dengan kapsyen 'Travelled 14,477 km from the US to Australia to meet my girl' turut mendapat 35,900 ulang kicau dan 63,500 tanda suka.

ARTIKEL BERKAITAN: Air mata selepas tarawih! Pasangan ini menangis kerana dapat kejutan 'sukar dipercaya'... Anak terfikir “hebat sangat ke apa yang kami buat”

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia bagi bukan sebab saya tak cantik” - Gadis 'kurang keyakinan diri' terharu kekasih hadiah mekap

Rata-rata terhibur dan tidak kurang juga ada yang sebak melihat usaha pemuda tersebut.

Posting Aqil menjadi tular di Twitter.

Aqil ketika dihubungi mStar berkata, dia tidak menduga video yang diambil sekadar suka-suka untuk dijadikan kenangan itu akan mendapat perhatian ramai.

"Saya memang nak buat one second video sebab dulu pernah popular video macam tu. Jadi masa nak pergi satu-satu tempat tu Sofea bagi idea buat video untuk kenangan.

"Saya pun ok jelah. Sambil-sambil jalan kami ambillah video semua, memang tak bincang pun just rakam je sebab nak nampak very casual. Asalnya (video) tak ada lagu tapi Sofea yang suggest lagu tu.

"Lagu tu pula masuk dengan timing semua dan bagi feel pada orang yang tengok. Tak sangka pula ramai tersentuh tengok video tu. Kami pun terkejut sebab sampai sekarang tak berhenti masuk notification," katanya.

Menurut Aqil, dia terbang ke Adelaide, Australia pada cuti pengajiannya pada 12 Ogos lalu untuk bertemu dengan Sofea yang mengikuti pengajian di University of South Australia selepas tersentuh dengan usaha kekasihnya itu dalam perhubungan mereka selama ini.

"Masing-masing duduk jauh jadi nak jumpa tu memang susah. Time zone pun berbeza. Paling saya terkesan bila dia sanggup balik Malaysia pada April lalu semata-mata nak jumpa saya.

Aqil sanggup terbang ke Adelaide kerana melihat usaha Sofea pulang ke Malaysia pada April lalu.

"Waktu tu saya ada dekat Malaysia dan balik US pada Jun lalu. Kebiasaannya Sofea tak pernah balik waktu mid sem break lagipun cuti pendek dalam 10 hari. Jadi bila tengok keikhlasan dia, saya pun start planning nak jumpa dia di Adelaide," katanya.

Meskipun ada cakap-cakap yang mendakwa rancangannya itu dipermudahkan kerana dia 'berduit', Aqil menafikan persepsi itu.

Jelas Aqil dia membeli tiket penerbangan dan wang perbelanjaan ke Australia menggunakan hasil titik peluhnya sendiri.

"Ramai cakap kayalah tapi saya orang biasa je. Semua perbelanjaan ke Australia tu guna duit saya sendiri. 

Dari dulu lagi orang cakap muka saya ada iras dia (Syukri Yahaya), lepas video viral lagi ramai cakap macam tu.

AQIL HARITH AMRAN.

Penuntut Universiti of Colorado Boulder, Amerika Syarikat.

"Sebenarnya saya bekerja front desk masa cuti musim panas Jun hingga Ogos. Masa tu saya kerja enam minggu, kiranya 40 jam seminggu.

"Dapatlah bayaran AS$11.20 (RM44.80) sejam. Jadi bila ada duit lebih tu saya simpanlah. Saya guna juga wang tu untuk belanja parents dan adik-beradik saya yang lain," katanya.

Dalam pada itu, pemuda dari Klang, Selangor ini mengaku bukan mudah untuk menjalin hubungan percintaan jarak jauh tetapi bersyukur kerana dikurniakan pasangan yang memahami dirinya.

Saling memahami dan menerima diri seadanya antara rahsia hubungan pasangan kekasih yang menjalin hubungan jarak jauh ini.

"Saya dan Sofea macam kawan baik. Kami banyak berkongsi masalah sama-sama. Kami juga selesa antara satu sama lain. Bila dengan dia saya dapat jadi diri saya sendiri.

"Kami juga saling menerima diri masing-masing. Kami yakin hubungan ini akan berkesan kalau dua-dua nak dan usaha sama-sama. Kalau seorang give up atau tak bagi komitmen memang tak jadi," katanya.

Meskipun ramai memberi reaksi positif terhadap video tersebut, terdapat netizen yang menyamakan wajah Aqil seperti pelakon Shukri Yahaya.

Namun pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal itu menafikan dia ada kaitan dengan pelakon tersebut.

"Dari dulu lagi orang cakap muka saya ada iras dia (Shukri Yahaya), lepas video viral lagi ramai cakap macam tu.

"Sejujurnya saya tak ada kaitan dengan Shukri Yahaya langsung. Mungkin itu hanya kebetulan sahaja," kata Aqil yang akan menamatkan pengajiannya Mei tahun depan.

Aqil sanggup terbang ke Adelaide selepas melihat usaha Sofea yang pulang ke Malaysia pada April lalu.
Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p
Aqil, Sofea, percintaan jarak jauh

Artikel Berkaitan

Artikel Lain