PEMANDU lori Jabatan Imigresen yang terlibat dalam kemalangan sehingga mengorbankan tiga anggota sebuah keluarga dijangka didakwa di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.Suspek berusia 43 tahun itu akan dibawa ke mahkamah pada Khamis susulan arahan pihak pendakwaan. Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata kertas siasatan (IP) berhubung kemalangan maut membabitkan lori berkenaan dan empat pejalan kaki telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat pemanduan melulu atau berbahaya.ARTIKEL BERKAITAN: Hanya tinggal ibu di zon merah... Tiga sekeluarga maut nahas lori Imigresen langgar lampu isyaratARTIKEL BERKAITAN: Ini identiti empat sekeluarga mangsa rempuhan lori Imigresen"Susulan perbincangan dengan pihak pendakwaan pada jam 2.45 petang Rabu, TPR mengesyorkan supaya kertas siasatan dirujuk kepada ketua Unit Jenayah Am dan Ketenteraman Awam di Jabatan Peguam Negara di Putrajaya," katanya pada Khamis.Dia berkata pegawai penyiasat membawa kertas siasatan berkenaan ke Putrajaya pada jam 8 pagi Khamis untuk semakan akhir dan arahan pertuduhan.Kemalangan tragis pada awal pagi Rabu itu meragut nyawa tiga anggota sebuah keluarga, manakala seorang lagi pejalan kaki cedera. Kisah menyayat hati itu turut menjadi bualan warga maya yang rata-ratanya menzahirkan kesedihan atas tragedi menimpa keluarga berkenaan.Siasatan polis berhubung punca dan keadaan kemalangan masih dijalankan. - The Star.