suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita didakwa pemilik Rocky mengaku tak bersalah bela anjing tanpa lesen sah

Wanita itu didakwa di Mahkamah Majistret Klang pada Khamis.

SEORANG suri rumah yang mendakwa dirinya pemilik seekor anjing bernama Rocky didakwa di Mahkamah Majistret Klang pada Khamis kerana memelihara anjing tanpa lesen.

Tertuduh, S. Roghini Devi, 42, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret A. Karthiyayini.

Mengikut pertuduhan, Roghini didakwa memelihara seekor anjing berusia lebih tiga bulan tanpa lesen sah yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK).

ARTIKEL BERKAITAN: “Ada datang cari sampai rumah” - Keluarga Muhammad Shah turut jadi sasaran kes Rocky, sertai operasi bukan niat bunuh haiwan

Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan sebuah rumah di Jalan Sama Gagah, Taman Teluk Gedung Indah, kira-kira pukul 10.50 malam pada 29 Julai.

Rocky didakwa dipukul dan dicekik di Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang, pada 29 Julai ketika operasi membanteras anjing liar dijalankan.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 3 Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Tumpangan Anjing (MPK) 2007, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Salman Alfarisi, manakala tertuduh diwakili peguam Jeremy Vinesh Anthony. - The Star

Artikel Lain