suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siapa ambil? Dompet, kunci kereta mangsa nahas lori Imigresen hilang!

Tiga beranak terkorban selepas dirempuh lori JIM di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Ismail, awal pagi Rabu.

AHLI keluarga kepada tiga individu yang maut dalam kemalangan membabitkan lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Kuala Lumpur menuntut siasatan dijalankan secara telus demi keadilan buat mangsa.

Mohd Nadzri Razali, 69, yang merupakan abang ipar kepada Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, berkata, keluarganya masih terkejut dengan tragedi berkenaan dan mahu setiap aspek disiasat secara menyeluruh.

"Saya harap siasatan penuh dijalankan. Kami dengar cerita lampu isyarat ketika itu merah, tetapi kenderaan terbabit masih meneruskan perjalanan.

"Kami hanya mahukan keadilan untuk arwah dan anak-anaknya," katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Aman Fasa 2, Mambang Di Awan, dekat Kampar, Perak.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi Rabu, Shaik Mohd Firdaus dan dua anak perempuannya, Siti Nor Sazlin, 25, serta Siti Darwisyah Auni, 12, maut di lokasi selepas dirempuh lori tanpa muatan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya tinggal ibu di zon merah... Tiga sekeluarga maut nahas lori Imigresen langgar lampu isyarat

ARTIKEL BERKAITAN: Ini identiti empat sekeluarga mangsa rempuhan lori Imigresen

Sementara itu, isteri Shaik Mohd Firdaus iaitu Norhayati Razali, 55, pula cedera parah dan kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Difahamkan, empat beranak berkenaan yang sedang bercuti di Kuala Lumpur, berada di pembahagi jalan berhampiran persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Ismail ketika kejadian berlaku. 

Ketika itu, lori JIM yang dipercayai datang dari arah Wisma FGV hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh mangsa dengan sebuah lagi kenderaan yang berhenti di persimpangan berkenaan.

Mohd Nadzri berkata, keluarganya mendapat berita mengenai tragedi itu menerusi panggilan telefon daripada seorang saudara kira-kira pukul 7 pagi.

"Pada awalnya kami diberitahu hanya dua ahli keluarga meninggal dunia. Kemudian kami mendapat tahu sebenarnya tiga orang  terkorban.

"Apabila dengar tiga orang, kami sangat terkejut dan sedih kerana beberapa bulan lalu kami juga kehilangan seorang ahli keluarga," katanya.

Menurutnya, keluarga turut berdepan kesukaran mendapatkan maklumat awal kerana beberapa barangan peribadi mangsa tidak dijumpai.

Antara barangan yang hilang termasuk dompet, kunci kereta dan kad bank.

Dalam pada itu, Mohd Nadzri berkata, keadaan Norhayati yang sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL sudah sedar dan semakin stabil.

Ujarnya, pihak keluarga berharap Norhayati dapat dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh atau Hospital Teluk Intan untuk meneruskan rawatan, sekiranya keadaan mengizinkan dan mendapat kelulusan pihak hospital.

Mohd Nadzri yang tinggal di kawasan kejiranan sama dengan keluarga berkenaan berkata, pertemuan terakhirnya dengan arwah Shaik Mohd Firdaus adalah kira-kira dua minggu lalu ketika mereka pulang ke Teluk Bakong, Ayer Tawar, bagi membersihkan tanah perkuburan keluarga.

"Itu antara kenangan terakhir kami. Dia bertanya mengenai lokasi kubur kerana mahu membersihkannya.

"Saya tidak pernah menyangka itu akan menjadi pertemuan terakhir kami," katanya. -The Star

Artikel Lain