suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Ketukan misteri hantui penduduk Langgar... CCTV hanya rakam bunyi tanpa kelibat!

Tangkap layar rakaman CCTV di sebuah kediaman yang didakwa menjadi mangsa ketukan.

BUNYI ketukan kuat pada pintu dan tingkap rumah tanpa sebarang kelibat manusia mencetuskan tanda tanya dan rasa cemas dalam kalangan penduduk di sekitar Langgar di Alor Setar, Kedah.

Kejadian misteri yang mula menghantui warga setempat sejak Ahad lalu itu dilaporkan membabitkan beberapa kawasan perumahan antaranya Taman Vistana, Taman Amira, Taman Awana, Taman Lelasari sehingga ke Pekan Langgar.

Berdasarkan perkongsian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) oleh seorang pengguna Threads dikenali sebagai Omey Fareeda [Tonton Video], bunyi ketukan pintu pada pukul 12.27 pagi itu jelas kedengaran sedangkan tiada mana-mana individu kelihatan di luar rumah.

Selain itu dia turut berkongsi satu mesej tular yang mendakwa kejadian ganjil sama turut berlaku ketika waktu Maghrib, selain mengingatkan penduduk supaya tidak terburu-buru membuka pintu atau tingkap sekiranya terdengar bunyi ketukan atau gegaran kuat.

"Ia bukan kes rompakan, kejadian ini dipercayai berkaitan dengan perkara mistik seperti pemujaan roh atau ngangkung.

"Kes sudah dilaporkan kepada pihak polis. Namun, hasil pemeriksaannya menerusi rakaman CCTV mendapati tiada sebarang kelibat manusia, kereta, mahupun motosikal di kawasan tersebut," dakwa pesanan itu.

Orang ramai juga dikatakan akan berdepan risiko jika membuka pintu kerana dikhuatiri menjemput unsur mistik tersebut masuk yang kemudian boleh membawa padah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali menasihatkan penduduk supaya menutup pintu dan mengunci kediaman  bagi memastikan keselamatan terjamin.

"Sekiranya penduduk mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu boleh membuat laporan di balai polis berhampiran," katanya.

Jelasnya, setakat ini tiada laporan dibuat oleh penduduk berkaitan kes berkenaan.

Artikel Lain