Tular video memaparkan insiden rompakan di sebuah premis di Sky Avenue (kiri), dan keadaan trafik sesak teruk di laluan untuk turun dari Genting Highlands. -Foto media sosial
SUASANA di Genting Highlands kecoh susulan kejadian rompakan di sebuah kedai emas di pusat beli-belah SkyAvenue pada Isnin.Seorang pengguna akaun Threads, @j00raaaa berkongsi satu video memaparkan tiga individu memakai topi dan berbaju hitam berlari sambil membawa sebuah beg berwarna biru yang didakwa mengandungi barangan hasil rompakan. Dalam masa sama, beberapa pengguna media sosial turut berkongsi keadaan trafik yang sesak, terutama laluan untuk turun dari pusat peranginan tanah tinggi itu.Menerusi salah satu hantaran, seorang pengguna mendakwa jalan utama ke kawasan pusat peranginan berkenaan dikawal ketat pihak berkuasa dengan beberapa kereta peronda polis ditempatkan di kawasan tertentu.ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki rompak kedai emas guna serbuk cili... Sempat ‘sauk’ barang kemas RM50,000"Genting tengah lockdown buat sementara waktu. Patutlah dekat kawasan apartment adik aku pun ada polis jaga sampai dua buah kereta polis peronda dekat post guard. Setiap kereta masuk dia check," katanya.Seorang lagi pengguna mendakwa sudah kira-kira tiga jam dia terperangkap dalam kesesakan ketika cuba meninggalkan kawasan peranginan itu."Dah masuk tiga jam melekat nak turun dari Genting ni. Ada road block besar-besaran. Dengar cerita ada kes rompakan kedai emas dekat SkyAvenue."Dia ingat Genting ni ada banyak jalan ke nak turun?" katanya.Dalam perkembangan terbaharu, polis mengesahkan berlaku kejadian rompakan di sebuah kedai emas di pusat beli-belah SkyAvenue, Genting Highlands.Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob, berkata kejadian berkenaan berlaku pada tengah hari Isnin.Ujarnya, polis kini sedang menjalankan usaha mengesan dan memburu suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan.