suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki rompak kedai emas guna serbuk cili... Sempat ‘sauk’ barang kemas RM50,000

Suspek mencampak serbuk cili sebelum memecahkan cermin pameran barang kemas.

SEORANG lelaki ditahan selepas dipercayai merompak sebuah kedai emas di Jalan Pandak Mayah, Kuah, di Langkawi, Kedah, pagi Khamis.

Menerusi rakaman video tular, suspek yang bertopeng dan bersenjatakan parang didapati mencampak serbuk cili ke arah pekerja kedai emas berkenaan.

Dia kemudian memecahkan cermin pameran dan melarikan beberapa utas barang kemas.

Tindakannya itu membuatkan seorang pekerja lelaki di kedai emas terbabit berlari mengejarnya.

Kejadian dipercayai berlaku pada kira-kira pukul 11.48 pagi.

 

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, ketika kejadian, premis berkenaan dikendalikan seorang lelaki dan pembantu wanita masing-masing berusia 69 dan 60 tahun.

"Sebaik memasuki premis, suspek yang memakai penutup muka bertindak mencampakkan serbuk cili ke arah pekerja kedai, sebelum memecahkan cermin pameran menggunakan parang.

"Suspek sempat melarikan sejumlah emas bernilai kira-kira RM50,000.

"Bagaimanapun, suspek dikejar pemilik kedai bersama orang awam sebelum berjaya diberkas anggota polis yang meronda berhampiran lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan.

Shariman berkata, suspek yang juga lelaki tempatan berusia 45 tahun kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan bersenjata," katanya.

Artikel Lain