suria

[V] Anggota polis ajak wanita rambut merah ‘check-in’ hotel mohon maaf... Caprice jadi orang tengah - “Tutup kes, habis dekat sini”

Anggota polis terbabit memohon maaf kepada gadis berambut merah atas kesilapannya.

"MACAM saya tak ada maruah!"

Demikian reaksi wanita yang mendakwa dia diajak untuk mendaftar masuk ke hotel oleh seorang anggota polis, baru-baru ini.

Menerusi pertemuan bersama penyanyi rap yang juga aktivis kemanusiaan Caprice, wanita itu menuntut permohonan maaf daripada individu terbabit.

Ia berikutan perbualan dan tindakan yang terakam dalam video tular sejak beberapa hari lalu disifatkan sebagai biadab dan tidak menghormatinya selaku seorang wanita.

Caprice mengaturkan pertemuan antara gadis ini dan anggota terbabit.

Caprice mengaturkan pertemuan antara gadis ini dan anggota terbabit.

"Saya nak dia minta maaf, macam saya tak ada maruah.

"Tapi saya juga faham pandangan orang," ujarnya seolah-olah mengakui kesilapan diri kerana penampilannya mungkin membuka ruang untuk disalah anggap.

Berjanji untuk memujuk anggota terbabit supaya memohon maaf [Tonton Video], Caprice kemudiannya bertanyakan sama ada dia ingin berdamai dengan individu terbabit atau sebaliknya.

"Saya akan pujuk dia untuk minta maaf.

"Case close, tutup buku ni, habis dekat sini... pasti?," demikian tanya Caprice kepada wanita berkenaan.

Susulan itu, dia menganggukan kepala sambil menyatakan persetujuan dengan pandangan Caprice.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dakwa diganggu anggota beruniform, tak dapat check-in lepak dekat tangga pun jadilah! - “Orang nak sekarang”

ARTIKEL BERKAITAN: Polis siasat video tular anggota ajak wanita ‘check-in’ hotel

Berdasarkan video yang sama juga, anggota polis terbabit turut hadir dalam pertemuan berkenaan namun wajahnya dikaburkan.

Walau bagaimanapun, tiada perbualan didedahkan semasa perbincangan berlaku antara mereka bertiga.

Wanita terbabit kemudiannya menghubungi neneknya menerusi panggilan video bagi bercakap dengan Caprice dan anggota terbabit.

Dalam pada itu, Caprice menzahirkan rasa syukur kerana insiden yang berlaku antara wanita dan anggota polis terbabit berjaya diselesaikan.

Macam tu je minta maaf? Aku tak rasa ni orang pertama dia buat macam tu, mesti ramai dah jadi mangsa.

WARGA MAYA

"Alhamdulillah selesai antara adik kita ni dengan seorang anggota polis, siap buat permohonan maaf kepada nenek.

"Terima kasih kepada semua pihak... maaf semua, Cap lambat sikit untuk kes ni. 

"Ramai DM (direct message) Cap, cuma kita ambil masa sikit nak cari wanita dan polis tersebut," tulisnya bagi mengiringi perkongsian video berdurasi 1 mini 38 saat itu.

Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya.

Tidak kurang juga yang meninggalkan komen ingin mengetahui perkembangan kerjaya anggota berkenaan sama ada dibuang kerja atau sebaliknya.

"Apa jaminan polis tersebut tidak akan ulang perkara yang dia buat itu pada masa akan datang?

"Nak tahu, kerja abang polis ni terjejas ke?

Antara reaksi warga maya di ruangan komen balas.

Antara reaksi warga maya di ruangan komen balas.

"Macam tu je minta maaf? Aku tak rasa ni orang pertama dia buat macam tu, mesti ramai dah jadi mangsa, cuma tak ada yang datang bersuara.

"Tahniah dan terima kasih kepada Cap. Harap pihak polis ambil tindakan sewajarnya," demikian reaksi netizen.

mStar sebelum ini melaporkan, seorang wanita dipercayai bekerja dalam sektor penyediaan makanan dan minuman (F&B) mendakwa diganggu seorang lelaki dipercayai anggota penguat kuasa ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Dalam video yang dimuat naik di TikTok, mereka berdua dilihat berbual biasa sebelum lelaki berpakaian seragam polis itu mula mengajak gadis itu untuk ‘lepak’, termasuklah 'check-in' hotel dan pergi ke rumahnya di kawasan Keramat namun ditolak beberapa kali.

Susulan penularan video berkenaan, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail memaklumkan kertas siasatan dibuka berhubung rakaman video berkenaan.

Malah beliau menegaskan bahawa perbualan itu mengandungi unsur berbaur mengaibkan terhadap kesantunan wanita terbabit.

Artikel Lain