suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Belum ada keputusan ekstradisi juruterbang Malaysia ditahan kes dadah di Indonesia

Saifuddin berkata pihaknya perlu mendapatkan fakta lengkap sebelum menentukan langkah seterusnya.

MENTERI Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, masih tiada keputusan sama ada pihak berkuasa Malaysia akan mengemukakan permohonan ekstradisi terhadap seorang juruterbang tempatan yang ditahan di Indonesia.

Bercakap selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Komunikasi pada Selasa, Saifuddin berkata siasatan perlu diselesaikan terlebih dahulu.

“Biarlah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik menyelesaikan siasatan terlebih dahulu dan menentukan langkah seterusnya, termasuk soal ekstradisi. Dia ditahan di sana dan tertakluk kepada undang-undang negara berkenaan.

“Buat masa ini, matlamat kita adalah untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai modus operandi bagi menentukan sama ada ia mempunyai unsur jenayah terancang atau dilakukan oleh seorang individu sahaja dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat pegawai Bukit Aman ke Jakarta, diberi 2 hari soal siasat juruterbang Malaysia ditahan kes dadah

“Kita perlu mendapatkan semua fakta sebelum menentukan langkah seterusnya,” katanya.

Pada 28 Julai lalu, juruterbang rakyat Malaysia itu ditahan pihak berkuasa Indonesia di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta selepas pegawai menemukan 15 bungkusan besar mengandungi 70,114 pil ekstasi dan methamphetamine dalam bagasinya. -The Star

Artikel Lain