suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki mengaku tidak bersalah lakukan kekejaman terhadap Rocky

Muhammad Shah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

SEORANG lelaki yang terlibat dalam operasi menangkap haiwan liar oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Klang pada Khamis atas pertuduhan melakukan kekejaman terhadap seekor anjing bernama Rocky.

Muhammad Shah Idham Nor Haikal Shaharom, 24, didakwa menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya terhadap haiwan itu dengan mencekiknya menggunakan tali yang dililit membentuk gelung di luar sebuah rumah di Taman Telok Gedung Indah, Pelabuhan Klang, pada 29 Julai lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 29(1) akta sama yang memperuntukkan denda antara RM20,000 hingga RM100,000, hukuman penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Muhammad Shah Idham bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mujib Saroji.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita didakwa pemilik Rocky mengaku tak bersalah bela anjing tanpa lesen sah

Pegawai pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor, Mohd Sharif Sabran, mencadangkan jaminan RM20,000 terhadap tertuduh dengan seorang penjamin terhadap terduduh selain syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor sebulan sekali.

Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali memohon jaminan RM3,500 dengan alasan Muhammad Shah bukan risiko melarikan diri.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM6,000 terhadap tertuduh dengan seorang penjamin serta syarat supaya dia melaporkan diri di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor sebulan sekali.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 8 Oktober depan. - The Star.

 

Artikel Lain