suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Bimbang anak kucing cedera” - Lelaki beri alasan tak masuk akal lepas kantoi bedal si bulus guna penyapu aluminium

Tangkap layar daripada video yang memaparkan seorang lelaki tergamak memukul seekor anak kucing.

SEORANG lelaki ditahan polis selepas disyaki memukul seekor anak kucing menggunakan penyapu aluminium di sebuah kawasan perumahan di Batu Gajah, Perak pada Rabu.

Tindakan kejam suspek dalam kejadian kira-kira pukul 12.04 tengah hari itu berjaya dirakam oleh jirannya yang juga saksi kejadian di lokasi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md Noor Aehawan Mohammad, berkata semakan terhadap rakaman video berdurasi dua minit 19 saat mendapati lelaki terbabit memukul anak kucing tersebut beberapa kali tanpa belas kasihan.

"Kejadian itu berlaku di kawasan parkir rumah suspek. Susulan kejadian itu, suspek hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah untuk menyerah diri sebelum ditahan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Md Noor Aehawan berkata, siasatan awal mendapati suspek mengaku memukul anak kucing berkenaan selepas mendakwa haiwan itu masuk ke bahagian enjin kenderaan miliknya yang diletakkan di kawasan rumah.

"Suspek mendakwa tindakannya itu dibuat kerana bimbang anak kucing berkenaan boleh tercedera atau mendatangkan bahaya sekiranya enjin kenderaan dihidupkan selain dikhuatiri menyebabkan kerosakan pada kenderaan," katanya.

Siasatan turut mendapati anak kucing berkenaan masih hidup dan telah diambil oleh jiran suspek untuk mendapatkan rawatan di klinik veterinar.

"Polis akan mendapatkan laporan veterinar mengenai keadaan anak kucing bagi melengkapkan siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015," katanya.

Artikel Lain