suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KKM beri amaran isu ‘hydrogen inhaler’, nasihat orang ramai jangan mudah terpedaya

Penggunaan mesin hidrogen mendapat perhatian dalam kalangan warga emas. -Gambar hiasan AI

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu berkaitan aktiviti penjualan dan promosi alat atau peranti hydrogen inhaler atau mesin hidrogen termasuk dakwaan mengenai manfaat kesihatan yang ditawarkan.

KKM menegaskan semua peranti perubatan dijual atau digunakan di Malaysia perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737).

Penjualan, pengedaran atau pengiklanan peranti perubatan yang tidak berdaftar merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan.

Sehubungan itu, orang ramai khususnya warga emas dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan mengenai manfaat atau kesan rawatan yang belum dibuktikan secara saintifik serta tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa.

"Orang ramai juga disaran menyemak status pendaftaran sesuatu peranti melalui laman web rasmi MDA sebelum membuat pembelian.

"KKM turut mengingatkan supaya berhati-hati dengan aktiviti jualan yang menyasarkan golongan berusia, terutama yang menggunakan tekanan atau rayuan emosi untuk mempengaruhi pembelian," kata kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Berhabis ribuan ringgit sebab sayang mak ayah... Tapi rupanya mesin hidrogen sekadar ‘overclaim’, tiada bukti perubatan!

Sebarang aduan berkaitan penjualan peranti tidak berdaftar atau iklan mengelirukan boleh dikemukakan kepada KKM atau MDA untuk siasatan lanjut.

KKM pada masa sama menggesa orang ramai mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan berdaftar bagi sebarang persoalan berkaitan kesihatan.

mStar sebelum ini melaporkan kecoh di media sosial tentang produk mesin hidrogen yang didakwa mampu bertindak melawan radikal bebas dalam badan serta mengurangkan keradangan sel.

Antara dakwaan dikaitkan dengan penggunaan alat tersebut adalah ia mampu mengurangkan keradangan, membuang toksin, membaiki sel badan, melambatkan proses penuaan serta meningkatkan tenaga dan kualiti tidur.

Ada juga dakwaan bahawa teknologi berkenaan boleh membantu individu yang mempunyai diabetes, tekanan darah tinggi, strok dan pelbagai penyakit kronik lain.

Artikel Lain