SUASANA pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Tasik Puteri di Rawang, sewaktu jenazah Ahmad Shah Ahmad Ros yang maut akibat ditikam di Korea Selatan, tiba untuk dikebumikan.Sebelum itu, jenazah Ahmad Shah dibawa ke Masjid Bandar Tasik Puteri sekitar 8.50 malam untuk disolatkan. Kira-kira 200 orang termasuk keluarga dan sahabat Allahyarham hadir ke masjid untuk memberikan penghormatan terakhir.Allahyarham mengalami pendarahan serius pada bahagian perut dan disahkan meninggal dunia awal pagi Ahad.Ahli keluarga Allahyarham tidak mampu menahan sebak sewaktu jenazah tiba di perkuburan hingga selamat dikebumikan pada 10.10 malam. Ibu Allahyarham, Zulfah Fadliani, 47, yang ditemui selepas urusan pengkebumian menzahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang membantu keluarga mereka sehingga urusan membawa pulang jenazah Ahmad Shah selesai.ARTIKEL BERKAITAN: Ibu saksi anak bertarung nyawa menerusi ‘video call’, reda pemergian Ahmad Shah ditikam rakan senegara di KoreaAhmad Shah, 26, dipercayai ditikam ketika cuba membantu rakannya yang didakwa diserang sekumpulan lelaki dalam kejadian di Daeso-eup, Eumseong, Wilayah Chungcheong Utara pada malam Sabtu.Akibat tikaman tersebut, Allahyarham mengalami pendarahan serius pada bahagian perut sebelum dikejarkan ke hospital berdekatan namun disahkan meninggal dunia awal pagi Ahad.Pihak berkuasa Korea Selatan telah menahan suspek utama, seorang lelaki warga Malaysia berusia lingkungan 40-an bagi membantu siasatan.