suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramai sangka PBT lambat buat kerja... Rupanya ini rantaian prosedur panjang sebelum kereta tersadai boleh dilupuskan

Depoh MBSA menjadi lokasi penyimpanan sementara bagi kenderaan tersadai dan terbiar sebelum proses pelupusan dijalankan. -Foto Google Street

SUASANA di sebalik pagar besi Depoh Simpanan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyajikan pemandangan ratusan kenderaan yang memenuhi hampir setiap ruang.

Meskipun ada yang masih lengkap bercermin dan bertayar, tidak kurang juga sekadar tinggal rangka besi berkarat selepas bertahun-tahun dibiarkan tanpa dituntut pemiliknya.

Bagi orang awam, operasi menyita kenderaan yang ditinggalkan di petak parkir mungkin dilihat sebagai noktah akhir kepada masalah yang mengganggu kehidupan harian mereka.

Namun hakikatnya, tindakan menunda itu hanyalah 'titik mula' kepada satu lagi perjalanan proses yang jauh lebih panjang dan rumit.

Setiap kenderaan yang dialihkan dari parkir awam perlu disimpan di depoh sementara menunggu pemiliknya tampil membuat tuntutan.

Jika tiada sesiapa yang hadir, kenderaan itu tidak boleh sewenang-wenangnya terus dilupuskan kerana setiap satu daripadanya perlu melalui pelbagai prosedur undang-undang yang ditetapkan.

Di situlah tersembunyinya satu sisi penguatkuasaan yang jarang diketahui oleh masyarakat umum.

Apa yang berjaya diselesaikan di petak parkir awam, sebenarnya perlu pula diuruskan di belakang tabir oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) sehingga proses perundangan benar-benar selesai.

Lori antara kenderaan terbiar dan terbengkalai yang ditunda penguatkuasa MBSA. -Foto Instagram sacitycouncil

Lori antara kenderaan terbiar dan terbengkalai yang ditunda penguatkuasa MBSA. -Foto Instagram sacitycouncil

Namun begitu, Jabatan Komunikasi dan Korporat MBSA menegaskan bahawa lambakan kenderaan di depoh simpanannya langsung tidak menyebabkan pihak berkuasa tempatan itu menanggung kerugian.

"Pihak MBSA tidak mengalami kerugian akibat kenderaan yang gagal dituntut pemilik.

"Semua kenderaan berkenaan akan dilupuskan mengikut prosedur sebaik sahaja melepasi tempoh undang-undang serta mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Lembaga Pelupusan," katanya kepada mStar.

Mengulas tanggapan sesetengah pihak bahawa kebanyakan kenderaan gagal dituntut kerana pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak lagi dapat dikesan, jabatan itu berkata MBSA tidak mempunyai rekod khusus berhubung perkara berkenaan.

Sebaliknya, setiap kenderaan yang disita akan melalui beberapa peringkat semakan terperinci terlebih dahulu bagi mengesan pemilik termasuk menggunakan sistem JPJ Link, menyemak status senarai hitam serta menghantar surat makluman ke alamat didaftarkan.

Kenderaan yang ditunda boleh dituntut semula oleh pemilik mengikut prosedur yang ditetapkan.

Kenderaan yang ditunda boleh dituntut semula oleh pemilik mengikut prosedur yang ditetapkan.

Sekiranya masih tiada sebarang tuntutan dibuat selepas tempoh yang diperuntukkan di bawah undang-undang tamat, barulah proses pelupusan boleh diteruskan secara sah.

"Oleh itu, faktor pemilik meninggal dunia atau tidak dapat dikesan bukan merupakan isu utama yang menyebabkan depoh simpanan MBSA penuh," jelasnya.

Pada masa sama, MBSA turut menolak tanggapan bahawa operasi sitaan hanya memindahkan masalah dari petak parkir awam ke depoh simpanan.

Menurut jabatan itu, depoh bukan tempat untuk 'membuang' kenderaan yang disita, sebaliknya merupakan komponen yang sangat penting dalam keseluruhan proses penguatkuasaan seperti ditetapkan undang-undang.

"Tujuan sitaan adalah untuk menguatkuasakan undang-undang serta memastikan parkir awam dapat digunakan oleh orang ramai secara teratur.

"Kenderaan disita yang ditempatkan di depoh hanya sebagai simpanan sementara sehingga dituntut oleh pemilik atau dilupuskan mengikut peruntukan undang-undang dan prosedur pelupusan yang berkuat kuasa," katanya.

Artikel Lain