suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abdul Hadi minta penyokong PAS undi BN dalam PRN Negeri Sembilan

Abdul Hadi gesa penyokong PAS agar mengundi calon BN. -Foto Bernama

PRESIDEN PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli dan penyokong parti itu supaya mengundi calon Barisan Nasional (BN) di kawasan yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, Sabtu ini.

Menurutnya, arahan itu merupakan sebahagian daripada strategi kerjasama BN dan PN bagi memastikan kemenangan gabungan tersebut, lapor Sinar Harian. 

"Saya ulangi seruan saya. Orang PAS di kawasan Barisan mesti undi Barisan dan bekerja untuk mereka. Begitu juga orang Barisan mesti bekerja di kawasan yang ditandingi PAS supaya kita boleh menang," katanya ketika berucap pada Ceramah Mega Birukan Seremban pada malam Rabu.

Menurut Abdul Hadi, strategi sama pernah dilaksanakan di Johor apabila penyokong Perikatan mengundi calon Barisan sehingga gabungan itu memperoleh kemenangan besar.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh dakwaan hulur RM300 dalam sampul untuk undi calon tertentu, polis Negeri Sembilan mulakan siasatan

Jelasnya, ketika itu PAS bertindak sebagai "barisan pertahanan", manakala BN berada di barisan hadapan, namun kerjasama tersebut berjaya mencapai matlamat yang diinginkan.

Katanya lagi, sekiranya kerjasama itu membuahkan kemenangan di Negeri Sembilan, model yang sama akan terus diperkukuhkan pada masa hadapan.

Dalam ucapannya, Abdul Hadi turut mendakwa kerjasama BN dan PN penting bagi mengekang pengaruh DAP, selain menggesa pengundi muda supaya menyokong gabungan tersebut demi masa depan negara. - The Star.

Artikel Lain